Prinsip Ultras

Menjadi seorang ULTRAS KELANTAN The Red Mania.

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Kelantan THE RED MANIA, perlukah mengisi borang? Perlukah bai'ah? Seolah-olah seperti pertubuhan kongsi gelap pula UKTRM ni dengan pertanyaan-pertanyaan sedemkian. THE RED MANIA terbuka kepada semua pencinta bola sepak KELANTAN. Tetapi criteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN:  Memakai jersey KELANTAN, kalau tiada jersey KELANTAN bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakan ULTRAS)

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS

3. BENDERA: Membawa bendera KELANTAN sekiranya tiada Muffler

4. KASUT: Menampilkan imej yang kemas

5. BERDIRI

6. MENYANYI/ CHANTS

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk di kawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA

9. DILARANG MEMBALING OBJEK

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan.

11. AMBIL TEMPAT: Berada di tempat masing-masing iaitu di tempat duduk penonton

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan

13. Sekian.

Jangan malu adik kakok nok bersama kami, ataupun beraso "gerun" bilo baco prinsip-prinsip ultras, ore kato, dok kenal mako dok cinto, sertai kami dahulu, pasal dok cekat nok diri, serow takut xdok soro nok chants 90 mins, itu perkaro keduo, secara umumnya, ini adalah satu prinsip atau guideline untuk pergerakan ultras di seantero dunia :)