Sunday, March 27, 2011

Kelantanese di Singapura

Salah seorang krew Ultras Kelantan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Beliau merupakan salah seorang antara The Legend 5; 5 krew Ultras Kelantan yang ditangkap polis semasa perlawanan Piala Sumbangsih 29 Januari 2011

Friday, March 25, 2011

Di sini bermula


Disini bermulanya aksi kami......

Perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda A yang berkesudahan Kelantan tewas 4-1

Ketika itu, krew kami hanyalah 6 orang di dalam kalangan 500 penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan itu

Flare pertama kali dinaikkan oleh WMAK

Bersambung ...

-KF-

Corat -Coret Perlawanan Piala Presiden Antara Kelantan VS Sekolah Sukan Bandar Penawar

Assalamualaikum all to komrad…x kira anda berada di mana…kerana kita semua adalah saudara…aku bukan sj2 nk ngomel2 tp aku saja2 nk menyonteng di karpet…sekadar tatapan komrad2…ptg td berlangsung nye satu perlawanan Piala Presiden antara Kelantan VS Sekolah Sukan Bandar Penawar….dengan berkesudahan Kelantan menang dgn jaringan yg agak besar…4-0…

Walaupun ketibaan kami agak lewat kerana komitmen terhadap pekerjaan masing2…kami tiba jam 5 ptg…kami berkumpul di depan astaka sambil menunggu ketibaan para komrad….selepas komrad hadir…kami masuk ke stadium secara berkumpulan pada jam 5.15 ptg…ketika itu , Kelantan sudah mendahului 2-0…

Walaupun kami di hujani sedikit kata2 perli…tp kata2 itu tidak menghadirkan sedikit pun kegusaran atau keresahan…kerana ia hny memberi kami lebih semangat dan kekuatan…setelah selesai memasang banner….GG dan Panjey (pesal amik alih meta)..yg bertindak selaku capo memulakan chant2 yg bersemangat kepada player…drum yg di hentak oleh pesal (panah arjuna amik alih meta)..Chant manggis masih lagi menjadi chant yg paling di gemari…(meme nek seh para2 komrad dgr lagu manggis)…

Apabila wisel penamat di tiupkan…maka , keputusan muktamad ialah Kelantan berjaya memenangi perlawanan dgn jaringan yg agak besar….tp para komrad tdk sedikit berganjak…sementara itu…para komrad tetap memberi chant wlaupun pemain Kelantan Liga Super yg membuat training ringan….ia menunjukkan bhwa kami tetap akan memberikan sokongan wlaupun mereka hny membuat latihan….sbb kami tetap bersama , xkira pasukan jatuh atau bangun….itulah shja sedikit yg dpt aku coretkan disini…kami akan tetap berjuang bersama pasukan….

Sekian , Terima kasih….xlupa juga…terima kasih yg amat kepada Hamba Allah yg membelanja air kepada kami semasa perlawanan berlangsung…TERIMA KASIH SAUDARA….

Monday, March 21, 2011

SALUTE TO ALL KOMRAD !!!

Assalamualaikum…semalam telah berlangsung nya perlawanan di antara Felda United VS Kelantan yg berkesudahan Kelantan memperolehi kemenangan yg mutlak 3-0 dan seterusnya melangkah ke separuh akhir untuk bertemu Selangor.Tapi bukan ini yg saya ingin madahkan di sini , tapi menceritakan sedikit sebanyak perjalanan komrad sepanjang perlawanan.Rentetan peristiwa yg mungkin sukar di gambarkan melalui kata-kata tp hny dapat dirasakan melalui satu pengalaman yg amat bermakna oleh komrad.Jadikan rentetan ini sebagai satu semangat dan sebagai satu azam untuk meneruskan perjuangan yg baru sahaja bermula.Tahniah Komrad.

Perjalanan komrad bermula seawal jam 1830 untuk sambut kehadiran pemain di stadium.Reaksi yg positif dapat di lihat melalui riak muka para pemain serta para pegawai pengurusan yg memberi respon positif.Sesudah selesai sambutan , para komrad seterusnya corteo menuju ke dalam stadium.Satu kejayaan besar kerana dapat mengumpulkan lbh krg 70 org komrad.Ia satu kejayaan besar kerana Ultras sudah menerima respon positif.Terima Kasih di ucapkan.Setelah para komrad masuk ke stadium dan mengambil tempat di Gate H , komrad mula memasang banner serta memeriksa big flag kali terakhir.Org ramai masih berpusu2 untuk masuk ke stadium dan keadaan masih dapat di kawal dgn baik oleh pihak RELA dan POLIS.Kemudian , komrad berhenti dr tugas masing2 untuk menyegerakan panggilan Ilahi.Setelah selesai , komrad mendengar taklimat dr Capo iaitu Cikgu Din mengenai gimik untuk sambutan Daudsu (hari jadi).

Kemudian , tepat jam 2045 , big flag Kelantan telah dinaikkan dengan megahnya.Dan bermulalah perjuangan para komrad.Capo pada perlawanan semalam adalah Cikgu Din dan GG serta ketukan drum pula oleh Faisal Muhammad dan Amirul Mohd.Satu persatu Chant di alunkan dengan semangat yg tinggi oleh para komrad.Satu demi satu peluang gol dr skuad Kelantan akhirnya , gol yg di tggu tiba juga akhirnya.Para komrad bersorak dan chant dengan penuh kegembiraan.Para komrad terus memberi chant dengan penuh semangat dan aksi yang menarik.

Ternyata lagu manggis akan terus menjadi chant yg paling popular kerana lagu tersebut nyata memberi semangat kepada para komrad.Di susuli dengan aksi tangkas penjaga gol dan para pemain menangkis asakan lawan yg bertali arus serta para pemain sendiri melancarkan serangan.Aksi tersebut nyata memberi keyakinan pasukan untuk mencari gol.Gol kedua menyusul melalui Roya melalui jaringan yg cantik dr sebelah gol.Kemudian aksi yg agak kasar yg dipamerkan oleh pasukan tuan rumah iaitu Felda United telah mencacatkan perlawanan.Gol ke 3 pasukan pelawat melalui Nizad.Kemudian penjaga gol Felda telah menunjukkan aksi buruk.Beliau yg terlibat dalam pergaduhan kecil pemain.Para komrad yg berang dgn aksi tersebut melontarkan chant yg melemahkan semangat Hamsani.Bagi saya tiada sebarang masalah jika komrad melemparkan chant yg agak sedikit kasar kerana hanya mengikut suasana perlawanan.

Sudah sampai ke wisel penamat , maka dengan rasminya , pasukan Pantai Timur melengkapkan slot Separuh akhir dgn menentang Red Giant.Para komrad terus mengalunkan chant sbgai tanda terima kasih kerana memberikan perlawanan yg terbaik.Gimik Ultras kepada Daudsu yg menyambut hari jadi nya pada 18hb mac yg lalu.Sambil mengalunkan chant Daudsu we love u , Allah selamatkan Kamu.Daudsu yg menjadi capo untuk gimik beliau.Saat yg di tggu , sebanyak 7 btg flare telah dinyalakan.Suasana di Gate H menjadi lebih meriah semasa flare di nyalakan.Kali ini , Ultras mendapat sokongan dr pihak polis.Ternyata polis tdk mengambil tindakan kerana pembakaran di lakukan secara aman.

Bagi sy , perlawanan kali ini lebih memberi impak kepada penyokong lain supaya menyokong Ultras.Semalam pun sudah tiada balingan2 dr penonton.Mungkin makian itu masih ada kerana masih ada segelintir dr penonton yg masih tdk memahi apa itu ultras.Bg pihak saya , sy amat berpuas hati malah masih merindui saat2 berada di stadium.Tp , usahlah kita mendabik dada atau sudah merasa puas kerana ini hny br permulaan.Permulaan untuk sebuah perjuangan.Sy ingin menyeru , kepada sesapa yg ingin menyertai kami , usah malu2 kerana kami akan sentiasa menyambut kedatangan komrad2 baru untuk setiap kali perlawanan.Marilah berjuang bersama kami.

Sekian , Terima kasih……



Klik Di Sini untuk lagi koleksi Gambar & Video.


-dr Po Ok-

Wednesday, March 16, 2011

Le Tour de Kuantan

Corat-coret perjalanan ke Kuantan (dari seorang krew UKTRM yang berpangkalan di Lembah Kelang)

Mungkin entry ini sudah lewat, sudah expired dari "kerancakan" setelah keputusan perlawanan di Kuantan pun sudah semua maklum yang Kelate tewas di sana, hatta sudah berlangsung suku akhir pertama di Kota Bharu malam tadi, dan entry ini baru terhasil tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab di atas blog ini (dan ini kali pertama aku menukilkan sesuatu di blog)

Sudah sedia maklum, game di Kuantan merupakan perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong The Red Warriors terutamanya mereka yang berada di Lembah Kelang (dan sama seperti kebanyakan krew UKTRM di LK jugak, ramai yang dah lemau since xdapat jejak kaki especially ke stadium di Lembah Kelang sejak 29 Januari lepas), dan kebanyakan daripada kami pun melepaskan "gian" tengok bola pun membabitkan team Malaysia, malah ada yang sanggup turun tengok game team lain cam Selangor vs Ganu/ Kedah tempoh hari ...

Perjalanan krew-krew UKTRM di KL sepatutnya berkonvoi secara ramai-ramai, tapi disebabkan ada yang tak sempat nak konvoi tepat jam 11 pagi (padahal gerak kul 1 pm jugak, hihihi), maka terbentuknya 2 gelombang konvoi ke Kuantan, pada jam 1 pm dan 4 pm (aku join konvoi pukul 4) ...

Konvoi krew Ultras dari KL ke Kuantan berkumpul di BHP selepas plaza tol Gombak seawal jam 2 petang dan keseluruhan kenderaan adalah 6 buah, dan selepas itu difollow jugak oleh beberapa buah kenderaan fans Kelate yang menjadikan konvoi keseluruhan pada hari itu kepada kira-kira 10 - 12 buah kenderaan pada hari itu ... sepanjang jalan, of course semua rasa excited sebab kebanyakan daripada kami memang dah sedia lemau nak tengok pasukan kesayangan beraksi depan mata, dan yang penting lagi sebenarnya nak "temu mato" dengan saudara-saudara Ultras kami dari Kelantan ... selama ini, kami hanya sekadar berhubung melalui telefon dan Facebook sahaja, jadi semangat ingin bergabung dan berpadu tenaga bersama saudara kami disana sangatlah tinggi ...

Sepanjang perjalanan sekitar 3 jam ke Kuantan, tiada perkara yang buruk terjadi, melainkan bendera yang dikibarkan oleh krew kami, Saudara Laden "terlucut" ketika menuruni bukit di Janda Baik :( ... (aku harapkan agar ada yang berhenti dan mengambil bendera Kelate itu, Amin)...

Kami sampai di Stadium Darul Makmur sekitar 7++ pm, dan sudah tentu di Stadium, kedudukan kami berada di curva SDM ... port yang agak cantik di tingkat 2 stadium, dan sudah tentu juga selamat daripada golongan "sek mekong" yang takde displin ... selama 90 minit kami chanting dan ada masanya juga, kami stop jugak chants dan chants bersama2 alunan gendang yg. dilead oleh Abe Harun, no hal lah bagi kami, (actually ramai beranggapan kami ni nak badi dgn. geng2 gendang, tapi sesungguhnya, kami respect kepada otai2 lama dalam bolasepak Kelate, so aku harap, ketepikanlah perasaan prejudis itu) ... sesungguhnya aku rasa kagum dengan spirit setiap krew yang turun malam itu (sekitar 50-60 termasuk newcomers) ... terima kasih kepada capo Cikgu Din, Cikgu Izne, Wira dan Panje kerana tak henti-henti menaikkan semangat kami dan juga the drummers - Pesa, Miji The Mask Drummer, Fiq, dan juga pengibar panji Kelate Ok Go dan seorang lagi aku tak perasan ... (yang tak sebut nama, aku mintak maaf !)

Keputusan perlawanan itu, memihak kepada Pahang dengan kemenangan 2-0, tapi bagi aku, para krew Ultras juga menang pada malam itu ... kami menang pada jiwa dan semangat kami yang tidak luntur memberikan sokongan kepada pasukan yang kami cintai ... begitu juga dengan semangat penyokong Kelate yang turun sekitar 5 ribu ke Stadium Darul Makmur pada malam itu, aku tabik pada para penyokong pada malam itu sungguh berdisplin melainkan satu kejadian di babak akhir perlawanan di mana seorang penyokong Kelate ditangkap kerana membaling mercun (berani buat, terima padahnya) ...

Buat para krew, walaupun aku tak banyak cakap malam tu :) tapi dalam hati aku seronok sebenarnya :) 

Sekian sampai disini sahaja kot catatatanku yang tak seberapa ...
KF

Sekeping gambar yang aku sempat ambil sebelum start perlawanan ...






Thursday, March 10, 2011

Misi rebahkan Tok Gajah!!




Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam misi mencapai tiga mata penuh di arena lawan. Berdepan pasukan yang berada di tangga ke-8 liga setakat ini, diatas kertas, Kelantan dilihat mudah untuk menumbangkan tuan rumah yang masih lagi bergelut untuk mencapai aksi terbaik.

Kelantan yang setakat ini masih gah dengan rekod tanpa kalah perlu mengekalkan rentak cemerlang itu bagi mengukuhkan cengkaman liga manakala pasukan Pahang sudah pasti ingin mengapai mata penting bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Mengikut rekod perlawanan Liga Super 2010, Kelantan menang 2-1 ditempat sendiri manakala seri 3-3 di Stadium Darul Makmur. Keputusan utu menunjukkan pasukan Tok Gajah juga mempu mencabar pasukan Kelantan yang dibarisi pemaian bintang seperti Khairul Fahmi Che Mat dah juga Norshahrul Idlan Talaha. Cabaran skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh dipandang sepi kerana skuad Pahang juga dibarisi pemain berpengalaman seperti bekas penyerang Selangor, R.Surenderen dan ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar.

Pertembungan dua pasukan pantai timur ini dijangka menarik dengan kehadiran jumlah penyokong yang ramai. Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan sudah pasti akan membuktikan reputasi sebagai sebuah pasukan juara.

Sementara itu, di pihak Ultras Kelantan-The Red Mania pula, dijangka lebih 40 orang Ultras akan turun untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Ultras yang turun adalah meliputi Ultras Kelantan yang berada di serata tanah air, antaranya dari Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan sebagainya.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang turun ke Stadium Darul Makmur, berhati-hatilah ketika memandu. Semoga selamat sampai ke Kuantan dan sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, The Red Warriors!! Gomo Kelate Gomo!!....