Showing posts with label Kelantan FA. Show all posts
Showing posts with label Kelantan FA. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Tak kenal maka tak cinta



Salam ultras,salam 1jiwa.terlebih dahulu saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada my blood brother pesa,grass greeners,po ok dll.saya adalh diantara ribuaan penyokong fanatik the red warrior di luar sana.dimasa lalu hanya sekadar menonton game sambil makan kuaci,tapi sekarang 90 minit CHANT(menyanyi) walaupun terasa keletihan,tapi kepuasan tahap maksima dirasai..ibarat kami pemain yang ke 12 bermain untuk pasukan..bagi saya kita perlu mengikut peredaran zaman.setakat ini coretan saya,saya rasa ramai lagi komrad-komrad diluar sana yang lebih tahu dan arif dari saya.ayuh pahlawanku,perjuangan kita belum selesai.SELAMANYA,SELAMANYA,SELAMANYA THE RED WARRIOR TAKKAN ADA TAKKAN ADA WARRIOR YANG LAIN..

Coretan,
Mohd Hafiz April 4 at 1:13pm 

P/S: Beliau merupakan krew terbaru The Red Mania 

Sunday, April 3, 2011

Kronologi Komrad - Kelantan vs Harimau Muda A

Assalamualaikum saudara - saudara sekalian.....aku sebagai wakil komrad...ingin mencoretkan sedikit di sini...tentang perlawanan serta perjuangan komrad di KB yg berlangsung semalam...Sedikit sebanyak dpatlah aku menulis di ruangan ini...

Pada pukul 6 ptg , para komrad telah berkumpul di hdpan KTC...kemudian , kami bergerak terus ke depan Astaka untuk menyambut ketibaan para pemain Kelantan dan Harimau Muda 'A'...setelah selesai menyambut pemain...kami terus bergerak untuk memasuki stadium....apabila kami masuk , kami terus mengambil tempat duduk serta mendengar sedikit kata2 dr capo...

Apabila para pemain memasuki padang , kami terus berdiri sebagai tanda hormat dan bangga...setelah lagu Selamat Sultan dan Negaraku berkumandang..2 komrad yg bertindak selaku pembakar Flare berdiri di kanan dan kiri GATE OF HELL...kemudian para komrad terus mengalunkan chant yg mampu menaikkan semangat pemain serta memberi psiko kpd pemain lawan...Capo pada perlawanan semalam ialah Kudin Khairuddin dan GG pada separuh masa pertama...Panjey , Matyie selaku capo pada separuh masa kedua dan Ladin sebagai tifo...kami terus memberi chant tanpa kenal erti penat dan lelah walaupun sebelum itu , kami di landa hujan sepanjang petang...dan 2 btg flare lagi di bakar pada penghujung perlawanan yg menyaksikan Kelantan menewaskan HM A 2-1...setakat ini dulu lah coretan yg dapat ku tuliskan...

SEKIAN , TERIMA KASIH



KERANA KELATE , KU SANGGUP HADAPI APA SAJA...HIDUP MATIKU KELATE...DARAH YG MENGALIR DALAM TUBUH KAMI ADALAH MERAH....KAMI CINTA KELANTAN DAN MALAYSIA SAMPAI MATI...


Thursday, March 10, 2011

Misi rebahkan Tok Gajah!!




Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam misi mencapai tiga mata penuh di arena lawan. Berdepan pasukan yang berada di tangga ke-8 liga setakat ini, diatas kertas, Kelantan dilihat mudah untuk menumbangkan tuan rumah yang masih lagi bergelut untuk mencapai aksi terbaik.

Kelantan yang setakat ini masih gah dengan rekod tanpa kalah perlu mengekalkan rentak cemerlang itu bagi mengukuhkan cengkaman liga manakala pasukan Pahang sudah pasti ingin mengapai mata penting bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Mengikut rekod perlawanan Liga Super 2010, Kelantan menang 2-1 ditempat sendiri manakala seri 3-3 di Stadium Darul Makmur. Keputusan utu menunjukkan pasukan Tok Gajah juga mempu mencabar pasukan Kelantan yang dibarisi pemaian bintang seperti Khairul Fahmi Che Mat dah juga Norshahrul Idlan Talaha. Cabaran skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh dipandang sepi kerana skuad Pahang juga dibarisi pemain berpengalaman seperti bekas penyerang Selangor, R.Surenderen dan ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar.

Pertembungan dua pasukan pantai timur ini dijangka menarik dengan kehadiran jumlah penyokong yang ramai. Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan sudah pasti akan membuktikan reputasi sebagai sebuah pasukan juara.

Sementara itu, di pihak Ultras Kelantan-The Red Mania pula, dijangka lebih 40 orang Ultras akan turun untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Ultras yang turun adalah meliputi Ultras Kelantan yang berada di serata tanah air, antaranya dari Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan sebagainya.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang turun ke Stadium Darul Makmur, berhati-hatilah ketika memandu. Semoga selamat sampai ke Kuantan dan sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, The Red Warriors!! Gomo Kelate Gomo!!....