Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts
Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

GP ke Shah Alam

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara aku dlm entry kali ini...dengan segala rasa bangga nya...aku bersama saudara ku yg lain menyaksikan keghairahan Wira Merah dalam memburu kejuaraan demi kejuaraan...misi pemburuan ini bukan sahaja untuk negeri yg tercinta, malah untuk martabat sukan serta perhatian dan rasa hormat di bumi Malaysia ini...pada malam yg bersejarah ini...UKTRM juga menempa sejarah baru kerana dapat mengumpul lebih daripada 200 komrad...ini menyaksikan satu sejarah telah dicipta oleh UKTRM sendiri kerana mengumpul komrad teramai setakat ini...Alhamdulillah dan salute kepada Geng Pengembara dr Kota Bharu yang sanggup meninggalkan alam pekerjaan , ponteng kelas serta keluarga demi menyokong bola sepak Malaysia...Kita hanya perlukan jiwa serta semangat yg sukar didapati sekarang ini...Terima kasih kalian...

Okay..aku bukan nak ulas pasal perlawanan...sumer org dah tahu keputusan...ok..aku xnak cter k...aku hanya nak cerita perjalanan komrad dr KB serta talian persaudaraan yg sukar di dapati walaupun dgn keluarga sendiri...persahabatan kami lebih dr sekadar sahabat...kami menganggap kami adalah adik beradik kandung yg akan kongsi segala suka dan duka...ok...

GP dr KB bertolak dr Kota Bharu pada pukul 10 mlm dengan 2 buah van serta 2 buah kereta...kami berlepas di KTC...setelah itu..kami menyusuri jalan ke Machang untuk berhenti mengambil komrad yg berada di Machang serta Pasir Putih...setelah selesai..kami menjemput komrad yg berada di Kuala Krai...setelah sampai di Gua Musang , maka GP KB sudah mencukupi iaitu seramai 30 org...Ini satu pengalaman yg amat sukar di cari...

Setelah itu...kami terus bergerak melalui Merapoh - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Karak - Gombak - Shah Alam...dengan secara konvoi 2 buah van dan 2 buah kereta...Alhamdulillah...sepanjang perjalanan kami...xde kejadian yg buruk berlaku....kami bersyukur pada Mu Ya Allah kerana membantu kami dlm perjalanan....

Walaupun kami agak sedikit kepenatan...tapi kami tetap bersemangat kerana kami datang kerana Kelantan....HIDUP MATIKU KELATE !!! Kecintaan kami terhadap negeri kami amat tebal...walaupun beribu batu...kami sanggup redah...kami sanggup rentas....kerana...KAMI CINTA KELATE SAMPAI MATI !!!...

Hujan ribut panas terik badai taufan...
Jiwa kami tetap teguh sama Kelantan...
Walau jatuh walau bangun berhalangan..
Kalah menang tetap terus perjuangan....

Lagu tersebut amat memberi makna kepada kami...ia yg membuat kami lebih bersemangat dalam setiap nafas kami....ia memberi kami kekuatan dalam melayari setiap perjalanan kami....kami lebih bersemangat kerana kami dapat berkumpul bersama saudara kami yg lain...ia membentuk satu komuniti yg besar...satu keluarga yg besar...satu keluarga yg bahagia.....
gambar dibawah menunjukkan crew semua berSEMANGAT ! 

kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/

Setelah perlawanan tamat...kami sekeluarga...makan dan minum sambil bertukar pendapat serta membentuk ukhwah yg lebih mantap di MMZ Bukit Jelutong...hanya kesedihan yg terpancar di raut wajah masing2 kerana merintih untuk perpisahan yg sementara ini....hanya kegembiraan kami bila bersama yg dapat mengubat luka kesedihan untuk berpisah....Terima Kasih Saudara ku....

SEKIAN.....

-- Ultras mengajar kami "tali persaudaraan"...mengajar kami kenal jati diri...membimbing kami ke arah keharmonian...mengajar kami erti persaudaraan...memberi kami kekuatan untuk membentuk aura baru....defenisi baru...ultras yg melonjakkan paradigma dalam diri kami....hanya untuk NEGERI KAMI...dan....NEGARA KAMI.....

Monday, April 4, 2011

Nukilan seorang krew

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Jumaat yang lepas telah berlangsungnya perlawanan ke-8 bagi Kelantan dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2011. Seperti biasa, ULTRAS The Red Mania hadir ke stadium bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan Kelantan.
Krew-krew yang hadir lebih kurang 40 orang dilihat sudah cukup untuk menggamatkan lagi suasana di dalam stadium pada malam itu. Kami mula berkumpul di The Red Warriors CafĂ© seawal jam 5.30 petang untuk membuat sedikit persiapan sebelum ‘beraksi’ di dalam stadium.

Tepat jam 6.15 petang, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak ke hadapan astaka stadium biarpun dibasahi oleh air hujan yang jatuh untuk menyambut pemain-pemain pasukan Kelantan dan Harimau Muda A. Sambil menunggu kehadiran mereka, kami sempat ‘memanaskan badan’ dengan ber ‘chanting’ bersama-sama selain mewujudkan suasana yang gamat di hadapan astaka.

Selepas menyambut pemain, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak masuk ke kawasan curva kami iaitu di pintu H atau lebih dikenali dengan GATE OF HELL!. Selepas itu, kami bersama-sama menggantung banner dan bendera bagi menandakan kawasan ULTRAS The Red Mania.

Sebaik sahaja kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang, 2 orang crew UKTRM memasang ‘flare’ sementara crew-crew yang lain ber‘chanting’ bagi memberi semangat kepada pasukan Kelantan. ‘Capo’ UKTRM, Grass Greeners dan Cikgu Din turut memainkan peranan masing-masing dengan mengetuai ‘chants’ serta menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan keadaan perlawanan yang berlangsung.

Krew-krew UKTRM ber’chanting’ tanpa henti dengan penuh bersemangat sehingga tamat perlawanan. Dan sekali lagi 2 batang ‘flare’ dinyalakan untuk meraikan kemenangan pasukan Kelantan pada malam itu.

Selepas itu, kami bergerak bersama-sama ke hadapan astaka untuk menyambut kemenangan‘warriors’ serta kepulangan pemain-pemain pasukan Harimau Muda A. Kami turut ‘chant’ kepada mereka sebagai tanda sokongan kami kepada Malaysia.

Akhir sekali, biarpun badan agak letih namun saya berasa amat seronok bersama crew UKTRM yang sentiasa setia bersama pasukan Kelantan tidak kira dikala ketika susah atau senang. Dan mereka juga sangat bersemangat untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada The Red Warriors.

Dan saya rasa setakat ini sahaja pengalaman yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan. Bagi rakan-rakan yang belum berkesempatan bersama UKTRM, saya menyeru kepada anda untuk cuba merasai satu pengalaman dan suasana yang baru dalam memberi sokongan kepada pasukan kita.

‘ In The Red Mania We Trust! ’ 

Hasbi

Sunday, April 3, 2011

Kronologi Komrad - Kelantan vs Harimau Muda A

Assalamualaikum saudara - saudara sekalian.....aku sebagai wakil komrad...ingin mencoretkan sedikit di sini...tentang perlawanan serta perjuangan komrad di KB yg berlangsung semalam...Sedikit sebanyak dpatlah aku menulis di ruangan ini...

Pada pukul 6 ptg , para komrad telah berkumpul di hdpan KTC...kemudian , kami bergerak terus ke depan Astaka untuk menyambut ketibaan para pemain Kelantan dan Harimau Muda 'A'...setelah selesai menyambut pemain...kami terus bergerak untuk memasuki stadium....apabila kami masuk , kami terus mengambil tempat duduk serta mendengar sedikit kata2 dr capo...

Apabila para pemain memasuki padang , kami terus berdiri sebagai tanda hormat dan bangga...setelah lagu Selamat Sultan dan Negaraku berkumandang..2 komrad yg bertindak selaku pembakar Flare berdiri di kanan dan kiri GATE OF HELL...kemudian para komrad terus mengalunkan chant yg mampu menaikkan semangat pemain serta memberi psiko kpd pemain lawan...Capo pada perlawanan semalam ialah Kudin Khairuddin dan GG pada separuh masa pertama...Panjey , Matyie selaku capo pada separuh masa kedua dan Ladin sebagai tifo...kami terus memberi chant tanpa kenal erti penat dan lelah walaupun sebelum itu , kami di landa hujan sepanjang petang...dan 2 btg flare lagi di bakar pada penghujung perlawanan yg menyaksikan Kelantan menewaskan HM A 2-1...setakat ini dulu lah coretan yg dapat ku tuliskan...

SEKIAN , TERIMA KASIH



KERANA KELATE , KU SANGGUP HADAPI APA SAJA...HIDUP MATIKU KELATE...DARAH YG MENGALIR DALAM TUBUH KAMI ADALAH MERAH....KAMI CINTA KELANTAN DAN MALAYSIA SAMPAI MATI...


Sunday, March 27, 2011

Kelantanese di Singapura

Salah seorang krew Ultras Kelantan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Beliau merupakan salah seorang antara The Legend 5; 5 krew Ultras Kelantan yang ditangkap polis semasa perlawanan Piala Sumbangsih 29 Januari 2011

Thursday, March 10, 2011

Misi rebahkan Tok Gajah!!




Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam misi mencapai tiga mata penuh di arena lawan. Berdepan pasukan yang berada di tangga ke-8 liga setakat ini, diatas kertas, Kelantan dilihat mudah untuk menumbangkan tuan rumah yang masih lagi bergelut untuk mencapai aksi terbaik.

Kelantan yang setakat ini masih gah dengan rekod tanpa kalah perlu mengekalkan rentak cemerlang itu bagi mengukuhkan cengkaman liga manakala pasukan Pahang sudah pasti ingin mengapai mata penting bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Mengikut rekod perlawanan Liga Super 2010, Kelantan menang 2-1 ditempat sendiri manakala seri 3-3 di Stadium Darul Makmur. Keputusan utu menunjukkan pasukan Tok Gajah juga mempu mencabar pasukan Kelantan yang dibarisi pemaian bintang seperti Khairul Fahmi Che Mat dah juga Norshahrul Idlan Talaha. Cabaran skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh dipandang sepi kerana skuad Pahang juga dibarisi pemain berpengalaman seperti bekas penyerang Selangor, R.Surenderen dan ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar.

Pertembungan dua pasukan pantai timur ini dijangka menarik dengan kehadiran jumlah penyokong yang ramai. Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan sudah pasti akan membuktikan reputasi sebagai sebuah pasukan juara.

Sementara itu, di pihak Ultras Kelantan-The Red Mania pula, dijangka lebih 40 orang Ultras akan turun untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Ultras yang turun adalah meliputi Ultras Kelantan yang berada di serata tanah air, antaranya dari Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan sebagainya.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang turun ke Stadium Darul Makmur, berhati-hatilah ketika memandu. Semoga selamat sampai ke Kuantan dan sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, The Red Warriors!! Gomo Kelate Gomo!!....