Monday, April 4, 2011

Nukilan seorang krew

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Jumaat yang lepas telah berlangsungnya perlawanan ke-8 bagi Kelantan dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2011. Seperti biasa, ULTRAS The Red Mania hadir ke stadium bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan Kelantan.
Krew-krew yang hadir lebih kurang 40 orang dilihat sudah cukup untuk menggamatkan lagi suasana di dalam stadium pada malam itu. Kami mula berkumpul di The Red Warriors CafĂ© seawal jam 5.30 petang untuk membuat sedikit persiapan sebelum ‘beraksi’ di dalam stadium.

Tepat jam 6.15 petang, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak ke hadapan astaka stadium biarpun dibasahi oleh air hujan yang jatuh untuk menyambut pemain-pemain pasukan Kelantan dan Harimau Muda A. Sambil menunggu kehadiran mereka, kami sempat ‘memanaskan badan’ dengan ber ‘chanting’ bersama-sama selain mewujudkan suasana yang gamat di hadapan astaka.

Selepas menyambut pemain, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak masuk ke kawasan curva kami iaitu di pintu H atau lebih dikenali dengan GATE OF HELL!. Selepas itu, kami bersama-sama menggantung banner dan bendera bagi menandakan kawasan ULTRAS The Red Mania.

Sebaik sahaja kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang, 2 orang crew UKTRM memasang ‘flare’ sementara crew-crew yang lain ber‘chanting’ bagi memberi semangat kepada pasukan Kelantan. ‘Capo’ UKTRM, Grass Greeners dan Cikgu Din turut memainkan peranan masing-masing dengan mengetuai ‘chants’ serta menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan keadaan perlawanan yang berlangsung.

Krew-krew UKTRM ber’chanting’ tanpa henti dengan penuh bersemangat sehingga tamat perlawanan. Dan sekali lagi 2 batang ‘flare’ dinyalakan untuk meraikan kemenangan pasukan Kelantan pada malam itu.

Selepas itu, kami bergerak bersama-sama ke hadapan astaka untuk menyambut kemenangan‘warriors’ serta kepulangan pemain-pemain pasukan Harimau Muda A. Kami turut ‘chant’ kepada mereka sebagai tanda sokongan kami kepada Malaysia.

Akhir sekali, biarpun badan agak letih namun saya berasa amat seronok bersama crew UKTRM yang sentiasa setia bersama pasukan Kelantan tidak kira dikala ketika susah atau senang. Dan mereka juga sangat bersemangat untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada The Red Warriors.

Dan saya rasa setakat ini sahaja pengalaman yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan. Bagi rakan-rakan yang belum berkesempatan bersama UKTRM, saya menyeru kepada anda untuk cuba merasai satu pengalaman dan suasana yang baru dalam memberi sokongan kepada pasukan kita.

‘ In The Red Mania We Trust! ’ 

Hasbi

No comments:

Post a Comment