Siapa kami

Umumnya kami adalah penyokong seperti orang lain. Kami adalah sebahagian daripada antara penyokong bolasepak yg memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

Kami menggelarkan diri kami sebagai Ultras Kelantan The Red Mania (UKTRM) kerana kami adalah penyokong profesional yang berjanji menyokong dan berdiri di belakang pasukan kesayangan kami yakni The Red Warriors (Kelantan).

Kami menjadikan ULTRAS sebagai platform untuk kami meyokong pasukan dgn cara yang berlainan dengan cara sokongan di stadium sekarang.

Kami ingin menjadikan cara sokongan kami sebagai satu atmosfera baru di dalam stadium. Kami akan berdiri selama 90 minit dan akan mengalunkan atau menyanyikan lagu-lagu (chants) ULTRAS untuk memberikan semangat pada pasukan tidak kira menang atau kalah.

Kami juga menerapkan dan menggalakkan setiap komrad agar mempunyai jiwa patriotik, disiplin dan juga mempunyai mentaliti yang berfikiran luas, terutamanya sokongan terhadap pasukan Kelantan dan juga Malaysia.

UKTRM terdiri daripada mereka yang mencintai pasukan, mereka tidak akan sesekali mencaci pemain atau pasukan mereka jika terjadi keputusan mengewakan (UPSET).
Akan tetapi dalam misi yang berbeza kami boleh bertindak sebaliknya, kami juga boleh bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada pasukan jika berlakunya sesuatu yang melibatkan kepada kejatuhan pasukan dan juga konflik pengurusan..

Untuk mengenali dan menjadi ULTRAS, kami tidak mengenakan sebarang bayaran ataupun yuran keahlian, kerana mereka yang menjadi ULTRAS adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai jiwa, semangat patriotik cintakan tanah air (antara sebahagian prinsip untuk menjadi ULTRAS). Hanya fahamkan beberapa perkara dan juga Prinsip-Prinsip Ultras untuk mengenali ULTRAS dengan lebih dekat lagi.

Jika ada kekurangan diminta diperbetulkan kerana kami juga adalah insan yg bernama manusia biasa, yang akan melakukan kesalahan.

Untuk mengetahui tentang kewujudan kami, prinsip, chants dan juga perjalanan aktiviti kami (UKTRM), anda boleh melayari facebook rasmi UKTRM dan juga blog ini yang merupakan blog rasmi UKTRM.


P/S: Kepada admin jika ada tambahan maklumat sila kemaskini entry ini

ZackJack(UKTRM)