Sunday, May 29, 2011

Buku Merah

  • STAR of PAROI, 10 MEI 2011
Setelah berbulan-bulan bertapa, akhirnya komrad di Lembah Klang berjaya menghilangkan kesurupan dengan melangkah gagah ke Paroi pada Selasa 10 Mei 2011, perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 yang dicemari dengan pelbagai insiden yang tidak diingini termasuklah insiden penyokong Negeri Sembilan membakar bendera Kelantan selepas perlawanan tamat dan juga aksi kung-fu di luar stadium setelah perlawanan tamat. Keseluruhan komrad di Lembah Kelang yang turut beraksi di STAR of Paroi pada malam tersebut sekitar 40 orang. Komrad UKTRM hampir-hampir menjadi mangsa belasahan tidak bersalah pada malam itu apabila dikejar kira-kira 100 orang penyokong Negeri Sembilan yang menyangka kami membelasah penyokong mereka pada malam tersebut. OKEY ? Abaikanlah, kerana kami selamat sehingga kini :)

  • STADIUM SHAH ALAM, 13 MEI 2011
1-5 ! Wow ! Malam yang paling bersejarah di Shah Alam tercipta dengan kekalahan terbesar dalam sejarah Selangor bertemu Kelantan di home mereka. Ahh, pedulikan kekalahan itu kerana Kelantan sudah bersedia untuk menggempur Terengganu di final 11 Jun kelak. Sejarah tercipta sekali lagi di Shah Alam pada malam gemilang itu kerana hampir keseluruhan krew UKTRM seluruh Semenanjung Malaysia berkumpul, bergabung dan bersama di Shah Alam memberikan sorakan keramat kepada pasukan kesayangan kami. Hasilnya? Pada malam itu seramai lebih kurang 250 komrad dapat berkumpul bersama-sama !

Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/

Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/
Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/
  • STADIUM CHERAS, 19 MEI 2011
Wohohoho ! Perlawanan padat yang diharungi oleh Kelantan sepanjang bulan April dan Mei ! Gile punye pengatur jadual perlawanan liga dan piala di Malaysia nih ! Kompetitif la sangat :p Komrad UKTRM di Lembah Kelang sekali lagi dapat menghilangkan kesurupan yang dialami oleh mereka selama berbulan-bulan lamanya selama ini apabila gagah beraksi di Cheras, bertemu dengan Felda United yang berkesudahan Kelantan menang 3-1. Perlawanan yang turut disiarkan secara langsung di Arena 801 ini turut menarik perhatian apabila ramai memberikan komen kepada kami, walaupun keseluruhan komrad yang turut hanyalah 21 orang tapi chants dan sorakan kami dapat didengari dengan jelas.






  •  STADIUM SHAH ALAM, 22 MEI 2011
Game hari Ahad la plak ! Fuh, betul-betul menguji mental dan fizikal para pemain dan juga kami sebagai ekor pasukan The Red Warriors ! Memang berhabis duit membeli tiket bola la bulan Mei ini sebenarnya untuk penyokong Kelantan di Lembah Kelang. Seperti biasa, pada malam tersebut kami turun di Shah Alam, tapi buat kali ini, komrad kami lebih ramai daripada 21 orang pada hari Khamis, sekurang-kurangnya 35 orang turun untuk memberikan sokongan kepada pasukan dimana keputusan berkesudahan dengan seri 2-2.







Friday, May 27, 2011

Penyokong Tunjang Pasukan - Kelantan VS T-Team

Assalamualaikum...kami minta maaf sebab perjalanan blog kami agak 'slow'..bukan tiada apa yg untuk di 'update'...cuma memberi peluang kepada pelajar2 yg sedang atau baru sahaja menghabiskan peperiksaan...di ucapkan selamat maju jaya...sudah sedia maklum , bahawa Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan kepada 'T-Team'...yg kami anggap..agak berat sebelah...kerana 'keadilan' yg ditunjukkkan oleh refree serta linesman...tapi..tiada apa yg perlu kita ratapi lagi...kita hny mampu menghadapi keputusan dengan rela hati...tp..entry ini bukan untuk mengulas tentang perlawanan...tetapi...mengkhususkan kepada penyokong yg tegar dan setia...

Para komrad mula berkumpul di perkarangan KTC sekitar jam 5.30ptg lagi...selain berborak mengenai hal masing2...mereka juga ada berkongsi pendapat , bertukar idea serta mengeratkan silaturrahim dengan komrad yg pertama kali 'join' UKTRM....kami amat mengalukan kedatangan anda...kerana anda sebahagian dr keluarga kami...kemudian..kami terus bergerak ke perkarangan stadium untuk acara tradisi...iaitu...menyambut pemain serta cuba sedaya mungkin untuk menjatuhkan moral pasukan lawan...tetapi kami mungkin agak malang kerana...pihak POLIS 'menghalau' kami dr melakukan acara yg merupakan tradisi bagi kami...setelah di bincang dgn lebih berhemat...kami menghormati keputusan dr pihak polis...tapi tidak lama kemudian...kami di sapa oleh seorg anggota POLIS...dia memberi arahan bhwa kayu untuk kibarkan 'checker flag' tdk di benarkan masuk...kali ini , tindakan dr pihak polis tersebut membuatkan kami nyaris menunjukkan sikap 'jahat' yg ada dlm diri seorg ULTRAS...mungkin akal lebih cepat berfikir berbanding tindakan nafsu amarah....kami cuba untuk menghormati arahan 'POLIS"...

Walaupun kami tdk dibenarkan untuk melakukan acara tradisi di tempat biasa...kami tetap jgk melakukan wlaupun di luar kwsan...kerana...TRADISI TETAP TRADISI...

"Kita Kelate sama saja.."
"Asal jangan T-Team.."
"T-Team itu A****k!!.."

Mungkin mereka mendengari...mungkin mereka tidak dengar langsung...tapi...apa kami peduli...Selepas acara tradisi...kami terus bergerak ke dlm stadium...walaupun kali ini agak kelam kabut dek kerana kekeliruan Pintu masuk ke stadium...untuk pengetahuan kalian...pada julung2 kalinya...Stadium Sultan Muhammad Ke iv telah mewartakan bahawa pemegang tiket hny boleh masuk melalui pintu yg tertera di 'permukaan' tiket...demikian ini , kekeliruan telah berlaku....tp kami tdk mahu merungut mengenai masalah tersebut kerana majoritinya akan masuk ke stadium seperti biasa....

Setelah berjaya 'meloloskan' diri untuk masuk ke stadium...seperti biasa..kami akan mula menggantung banner serta melakukan sedikit persedian....kepadatan dalam stadium tidak sedikit pun melemahkan kami...Mungkin kali ini , kami berjuang tanpa panji yg menjadi tunjang kepada semangat...ini kerana , 'keadilan' dr pihak POLIS yg tdk membenarkan batang bendera masuk ke dlm stadium....kehadiran komrad pada kali ini agak memuaskan...lebih kurang 50 - 60 komrad....

Setelah pasukan Kelantan ketinggalan...kami tetap meneruskan chanting...kami xpeduli pun dgn kata2 sinis yg singgah di halwa telinga kami...kerana...ia ibarat seperti udara yg menyentuh telinga...

"xpeduli apa orang nk kata..."
"xpeduli walau bukan juara..."
"kami bangga jadi anak Kelate..."
"kami rela mati pertahankannya..."

Dengan daya usaha yg tinggi...para pemain dapat juga menyamakan kedudukan...ia membuatkan keadaan di stadium gamat...tiada lagi suara2 sumbang...tiada lagi kata2 sinis....tapi itu tdk bertahan lama...pasukan lawan skali lagi berada di depan...walaupun ia di hasilkan di minit2 akhir...ia tdk melunturkansemangat juang kami untuk menyokong pasukan kebanggan kami...malah..ia memberi kami lebih tonik untuk lebih berjuang di masa hadapan...kami xkan berhenti selagi nyawa kami di kandung badan....kami akan terus berjuang hingga ke titisan akhir....kerana...SETIAP PERJUANGAN , TIADA PENGHUJUNG , TIADA NOKTAH...

Sekian , Terima kasih...........


~~ Terima kasih kepada komrad yg hadir untuk terus bersama...BERSAMA SELAMANYA...!!

Wednesday, May 18, 2011

GP ke Shah Alam

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara aku dlm entry kali ini...dengan segala rasa bangga nya...aku bersama saudara ku yg lain menyaksikan keghairahan Wira Merah dalam memburu kejuaraan demi kejuaraan...misi pemburuan ini bukan sahaja untuk negeri yg tercinta, malah untuk martabat sukan serta perhatian dan rasa hormat di bumi Malaysia ini...pada malam yg bersejarah ini...UKTRM juga menempa sejarah baru kerana dapat mengumpul lebih daripada 200 komrad...ini menyaksikan satu sejarah telah dicipta oleh UKTRM sendiri kerana mengumpul komrad teramai setakat ini...Alhamdulillah dan salute kepada Geng Pengembara dr Kota Bharu yang sanggup meninggalkan alam pekerjaan , ponteng kelas serta keluarga demi menyokong bola sepak Malaysia...Kita hanya perlukan jiwa serta semangat yg sukar didapati sekarang ini...Terima kasih kalian...

Okay..aku bukan nak ulas pasal perlawanan...sumer org dah tahu keputusan...ok..aku xnak cter k...aku hanya nak cerita perjalanan komrad dr KB serta talian persaudaraan yg sukar di dapati walaupun dgn keluarga sendiri...persahabatan kami lebih dr sekadar sahabat...kami menganggap kami adalah adik beradik kandung yg akan kongsi segala suka dan duka...ok...

GP dr KB bertolak dr Kota Bharu pada pukul 10 mlm dengan 2 buah van serta 2 buah kereta...kami berlepas di KTC...setelah itu..kami menyusuri jalan ke Machang untuk berhenti mengambil komrad yg berada di Machang serta Pasir Putih...setelah selesai..kami menjemput komrad yg berada di Kuala Krai...setelah sampai di Gua Musang , maka GP KB sudah mencukupi iaitu seramai 30 org...Ini satu pengalaman yg amat sukar di cari...

Setelah itu...kami terus bergerak melalui Merapoh - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Karak - Gombak - Shah Alam...dengan secara konvoi 2 buah van dan 2 buah kereta...Alhamdulillah...sepanjang perjalanan kami...xde kejadian yg buruk berlaku....kami bersyukur pada Mu Ya Allah kerana membantu kami dlm perjalanan....

Walaupun kami agak sedikit kepenatan...tapi kami tetap bersemangat kerana kami datang kerana Kelantan....HIDUP MATIKU KELATE !!! Kecintaan kami terhadap negeri kami amat tebal...walaupun beribu batu...kami sanggup redah...kami sanggup rentas....kerana...KAMI CINTA KELATE SAMPAI MATI !!!...

Hujan ribut panas terik badai taufan...
Jiwa kami tetap teguh sama Kelantan...
Walau jatuh walau bangun berhalangan..
Kalah menang tetap terus perjuangan....

Lagu tersebut amat memberi makna kepada kami...ia yg membuat kami lebih bersemangat dalam setiap nafas kami....ia memberi kami kekuatan dalam melayari setiap perjalanan kami....kami lebih bersemangat kerana kami dapat berkumpul bersama saudara kami yg lain...ia membentuk satu komuniti yg besar...satu keluarga yg besar...satu keluarga yg bahagia.....
gambar dibawah menunjukkan crew semua berSEMANGAT ! 

kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/
kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/sets/72157605315996640/with/5717123994/

Setelah perlawanan tamat...kami sekeluarga...makan dan minum sambil bertukar pendapat serta membentuk ukhwah yg lebih mantap di MMZ Bukit Jelutong...hanya kesedihan yg terpancar di raut wajah masing2 kerana merintih untuk perpisahan yg sementara ini....hanya kegembiraan kami bila bersama yg dapat mengubat luka kesedihan untuk berpisah....Terima Kasih Saudara ku....

SEKIAN.....

-- Ultras mengajar kami "tali persaudaraan"...mengajar kami kenal jati diri...membimbing kami ke arah keharmonian...mengajar kami erti persaudaraan...memberi kami kekuatan untuk membentuk aura baru....defenisi baru...ultras yg melonjakkan paradigma dalam diri kami....hanya untuk NEGERI KAMI...dan....NEGARA KAMI.....

Tuesday, May 10, 2011

Pengalaman Pertama Kali Menyertai Ultras

Assalamualaikum,tak jawab dosa.Hahahaha.First thing, nak say sorry sbb lambat menyiapkan karangan ringkas saya ni disebabkan tengah bergelumang dengan final exam, sorry ye kawan-kawan ultras.Ni pun masih di dalam mood exam. Ceit! Lebih-lebih pula saya ni. By the way, hai, saya Suha, salah seorang daripada ultrasnita yang ada sekarang. Actually, xde la banyak sgt benda yg saya nak ceritakan. Just my first experience join ultras.

First time saya join ultras, adalah semasa game Kelantan vs Selangor. Haaa,time tu mmg ramai gila org sampai saya xberjaya dptkan tiket astaka. Sebabnya selama ni saya dah biasa stay kat bahagian astaka. Disebabkan terlampau taksub kat bola,saya pun memberanikan diri untuk duduk di bahagian open. One of my friend pesan mcm2,"kalau nak ddk bahagian open kena msk awl la",sbb tkt kena lempar brg2 kat budak2 lelaki, "jangan ddk kt scoreboard la". Hahahaha! Time tu sy da start pening, kat mana la aku nak duduk??? Tiba-tiba, nset saya bunyi. Ada la sorang makhluk Allah ni msj saya, ajak saya join ddk dgn dia kat geng ultras. Yang lawaknya, saya tanya ultras tu ape? Hahaha, sori geng, mmg xtaw pun sbrnya. Hahahahaha!Saya pun follow la kawan saya tu duduk dgn geng ultras time tu. Kawan saya tu Alief Danial. A lot of thanks to him ;)

Mula-mula tu mmg malu yang teramat, cover je, sbb semuanya lelaki kot.Hahaha! MALU!MALU!saya sorang2 je ddk tengah2 lelaki tu. First time join dorang, saya mmg duduk main msj je, jd penyampai berita utk kwn2. By the way, saya xtaw nak chant camne, sbb xpernah join.Hahahaha. Tapi best ddk dgn dorang even baru first time. Abg2 ultras xsombong OK!Hahaha. Ramai je yg menegur saya time tuh.Thanks la menjalankan amalan tegur-menegur tu, kalau x saya antara dua gak nak join x ultras. Heee ;D. Yang paling penting, saya blk dgn selamat even ddk tmpt open. Sori geng ultras xsuka main lempar2 benda ni ok! Pantang dorang lempar2 ni. Memang best gila tgk semangat dorang menyokong pasukan bola Kelantan, sbb selama ni saya xpernah tgk keadaan mcm ini. Macam teruja pun ada first time tengok. Hahaha. Lagu pertama saya ingt ialah LAGU MANGGIS. Mula2 dgr,trs ingat, lagu tu best kot! ;)

And now, saya masih bersama ultras utk game2 yang seterusnya selepas perlawan Kelatan vs Selangor itu. Gomo Kelate Gomo. Hahahaha! Saya berbangga dpt menjoinkan diri dlm ultras sbb skrg saya dah xmalu nak chant dgn dorang. Hahaha. Thanks a lot to them who support me ;) I very appreciate its. Kepada sesiapa yg ase teringin nak join ultras,join la sbb xrugi pun korang join,sbb ULTRAS MEMANG BEST!!!

Liss Suha

Perjuangan Kami...Pengorbanan Kami...

Assalamualaikum...selaku pembuka bicara pada malam yg sgt sejuk tatkala hujan lebat yg menimpa bumi Kelate...k...aku bukan nk cakap tentang hujan kerana hujan adalah kurniaan dr ALLAH SWT pada hambanya...ya lah...sbb kurnia dr Nya lah kita dapat tido dlm keadaan sejuk...ok...full stop...Melalui entry di atas...apa yg aku ingin kongsikan ngan para komrad khususnya serta para pembaca2 yg selalu menyokong pergerakan kami yg ingin melakukan perubahan atmosfera dalam stadium iaitu dr segi bentuk sokongan...

Masih ramai yang menganggap Ultras ni sebuah pertubuhan , persatuan ataupun kelab...sekali lagi di ulang...Ultras bukan suatu badan pertubuhan atau sewaktu dgn nya...Ultras xperlu mengisi borang...xperlu deposit bayaran..xperlu yuran bulanan...xperlu yuran tahunan...Ultras bukan persatuan atau kelab yg mempunyai penaung , presiden , timbalan , bendahari atau sewaktu dgn nya....ini kerana...Ultras hanya memerlukan jiwa dan semangat untuk saling bersama...untuk saling menjalinkan persaudaraan...in ultras..we believe in our brotherhood...

Ada juga segelintir yang awalnya menuduh , kami mengambil bahan yg terlarang supaya kami dapat berdiri serta menyanyi dlm masa 90mnt tanpa henti atau rehat...tapi...tanggapan itu ternyata salah...kerana tenaga yg kami perolehi adalah hasil dr jiwa dan semangat kami yg x terbelah bagi kepada pasukan kesayangan kami...ada juga yg menyatakan bahawa segala banner , tiket dan peralatan lain di sponsor oleh pelbagai pihak...tanggapan ini juga salah..kerana peralatan , banner hatta tiket kami sekalipun...hny melalui poket kami sendri...secara xlangsung..ia juga dapat memupuk budaya kerjasama yg semakin di lupakan...secara xlangsung juga ia memberikan gambaran bahawa kami juga mempunyai tali persaudaraan sgt kuat...yang senang membantu yg susah...berat sama di pikul..ringan sama di jinjing...

Kewujudan kami juga bukan untuk nama atau kepentingan peribadi..tapi kami menjadikan Ultras sebagai medium untuk kami menyokong pasukan kesayangan kami dgn cara yg berlainan dr bentuk sokongan sebelum ini....kami juga ingin menjadikan cara kami ini sebagai satu atmosfera dgn cara menyanyi dgn penuh semangat tanpa di pengaruhi keputusan perlawanan samada pasukan menang , seri atau kalah sekalipun...kami juga menerapkan , menanam dan menggalakkan setiap krew agar mempunyai jiwa patriotik, disiplin dan juga mempunyai mentaliti yang berfikiran jauh serta luas, terutamanya dalam memberi sokongan terhadap pasukan Kelantan dan juga Malaysia...

Ultras juga terdiri drpd mereka2 yg amat menyintai pasukan kesayangan mereka...mereka ini x akan sesekali kecewa jika pasukan mengalami kekalahan yg teruk...tetapi dalam cara yang berbeza kami juga boleh bertindak sebaliknya, kami juga boleh bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada pasukan jika berlakunya sesuatu yang melibatkan kepada kejatuhan pasukan dan juga konflik pengurusan...yg paling nmpk dgn nyata adalah impak jika berlakunya gejala rasuah..kerana rasuah adalah pembunuh bola sepak..

Anda juga mungkin bertanya...kenapa kami rela mengorbankan segalanya termasuk tenaga , wang ringgit serta masa terluang bersama kawan hny untuk memperjuangkan matlamat yg tiada noktah ini...jawapan nya ialah..kerana kami mempunyai satu semangat yg di balut oleh jiwa yg kental dalam memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan kami...kehadiran kami bukan untuk nama , bukan untuk balasan dan juga bukan untu harta benda..kewujudan kami , kehadiran kami dalam kancah ini semata - mata untuk menunjukkan semangat sokongan yg tinggi serta ingin mengubah atmosfera serta gaya sokongan di dlm stadium...kerana atmosfera ini yg dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan demi kemenangan...Ultras dapat menyemai semangat cintakan negeri dan negara...dapat membangkitkan semangat patriotik dalam diri masing - masing...bukan itu sahaja...Ultras juga dapt menyemai rasa kasih dan syg pada persaudaraan..dapat menebalkan rasa kepercayaan dlm persaudaraan....

Sekian.................


Sentiasa Selamanya
                                     
Persaudaraan
                                                           
                                                  

Monday, May 9, 2011

Kelantan vs Kedah - Kehangatan Gate Of Hell

Assalamualaikum...sbgai pembuka bicara di kala ini...sori la klu terlambat untuk update perlawanan antara...Kelantan VS Kedah...al-maklumlah..bz ngan tugasan seharian....semua org pun dah tahu...Wira Merah menumbangkan Sang Kenari di stadium keramat Wira Merah dgn 2 - 0...hasil jaringan Khalid Jamlus dan S.Chanturu....kebangkitan Wira Merah dr aksi umbang ambing pada akhir pusingan pertama nyata memberi gambaran yg positif dr sudut permainan...tp yg paling membanggakan...penambahan komrad Ultras Kelantan - The Red Mania di Curva Gate Of Hell....pada perlawanan ini...penambahan Red Manita juga amat memberangsakan iaitu dr 3 org ke 7 org...ini membuktikan bahawa Kaum Hawa juga dapat menerima kewujudan Ultras di Malaysia....Salute to Red Manita di atas semangat serta jiwa yg kalian tunjukkan...Syabas...dan yg paling mengujakan...6 org dr 7 Red Manita sudah mengesahkan diri untuk berada serta mengembara bersama Red Mania untuk perlawanan Separuh Akhir Piala F.A yg menemukan Wira Merah dan Gergasi Merah....secara x langsung dapat melepaskan kesurupan bersama Saudara dr Ultrasel....

Ok...aku pun dah xnak bnyk ckap dan mengomel yg bukan2....kita terus kepada perlawanan antara Kelantan dan Kedah...mmg sudah di jangkakan bahawa penjualan tiket akan laku seperti goreng pisang di pasar malam...sebanyak 25 000 keping tiket 'sold out'...secara xlangsung menunjukkkan semangat serta kesetiaan rakyat Kelantan yg berbangga dgn pasukan Kelantan yg di kenali sbgai "THE RED WARRIOR'...sekitar jam 5.30 ptg lagi...para penyokong Wira Merah sudah berpusu-pusu menuju ke dlm stadium....dgn membawa rakan , ayah , ibu , gewe , suami , isteri serta anak kecil...mereka dengan penuh semangat untuk memenuhkan ruangan stadium...komrad Ultras Kelantan yg berkumpul di Medan Usahawan segera menuju ke dpan astaka untuk menyambut kedatangan pemain Kelantan serta "menyambut" pemain Kedah...sekitar jam 6.30 ptg...ketibaan pemain Kedah yg di sambut dengan sorakan psiko oleh para penyokong Kelantan...x terkecuali para komrad UKTRM....
               
               Kelate , Kelate oh Kelate 
               majulah Kelate negeriku
               sekarang , Kelate mene
               Kedah Kenari..di bunuh saja

Ternyata nyanyian psiko ini memberikan rasa kurang senang dr segi mentaliti para pemain pasukan lawan...tp Wan Jamak Wan Hassan..masih mampu tersenyum....selepas beberapa minit...ketibaan para pemain pasukan Kelantan disambut dengan pelbagai sorakan oleh para penyokong setia Wira Merah...para komrad terus mengalunkan nyanyian yg berbentuk semangat untuk meningkatkan moral pasukan....

             Berjuanglah..pahlawanku
             satukanlah tekad semangat mu
             kami rela..korban nyawa
             demi daulat negeri tercinta

Melalui chant yg penuh semangat ini..ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan moral para pemain supaya dapat memberikan satu persembahan yg menakjubkan kepada penyokong setia The Red Warrior....selepas melakukan acara yg menjadi tradisi...para komrad seterusnya bergerak ke Curva Gate Of Hell...selepas menjejak kai ke curva..para komrad terus melakukan tugasan memasang banner serta menggantung drum...ia di lakukan secara kerjasama antara komrad...komrad juga ada yg membahagikan salinan lirik chant serta prinsip 13 Ultras kepada penyokong yg berada di sekitar curva G.O.H....Ternyata serta terbukti bahawa ruangan stadium juga amat padat..Ini kerana perlawanan dgn Kedah yg juga musuh ketat Wira Merah antara perlawan yg di tggu2 oleh penyokong setia Wira Merah....Tapi apa yg membuatkan penyokong Kelantan lain dr yg lain ialah....bkn sahaja tahap fanatiknya kpd sukan bola sepak...malah...juga amat mementingkan Solat yg menjadi tanggungjawab bersama....selepas selesai melakukan ibadat Solat..para komrad mengambil tempat duduk...dgn Red Manita berada di kwsn tgh...ini supaya komrad Red Mania dapat menahan segala kemungkinan terhadap Red Manita...

Tepat jam 8.40 mlm...para pemain memasuki kwsn padang untuk menyanyikan lagu Negaraku serta Selamat Sultan...dan tepat jam 8.45 mlm...bermula perjuangan Wira Merah di atas padang dan perjuangan UKTRM di kwsn curava...ia memberi cabaran kerana dgn keadaan stadium yg amat padat...wlaupun menghadapi pelbagai dugaan...komrad tetap terus memberikan chant semangat...tanpa mempedulikan kata2 sinis yg di lemparkan kepada komrad...kerana ia hny sbgai udara yg menyapa cuping telinga...malah ia telah memberi tonik tambahan kepada para komrad...x lupa juga kepada salah sorg ultras dr Kedah yg bersama kami di G.O.H...anda sudah merasai kehangatan di G.O.H.......tahniah dan...SALUTE.....

          xpeduli apa org nk kata
          xpeduli wlau bukan juara
          kami bangga jadi anaok kelate
          kami rela mati pertahankan nya

Setelah berakhirnya perlawanan...yg telah di menangi oleh Kelantan...para komrad amat berpuas hati kerana dapat memberikan semangat yg luar biasa....malah ia memberi semangat yg luar biasa untuk beraksi di Shah Alam nnt..ia sbgai pemangkin dalam jiwa dan semangat para komrad....

          terima kasih , terima kasih..
          pada red warriors
         
          terima ksih , terima kasih
          penyokong kelate

         oooooooohhhhhh...kelate , we love you
         we love you.....


Tapi...kewujudan kami bukan hny untuk kemenangan...kewujudan kami tanpa di pengaruhi sebarang keputusan perlawanan...kehadiran kami untuk pasukan Kelantan...yg kami sayangi...soe la...xbnyk pix yg aku dapat...tapi inilah bukti bahawa kami adalah bersaudara...xkiralah anda dr negeri mana skalipun kerana kita adalah di bawah satu bendera iaitu...MALAYSIA....








Sekian...


- Salute to all komrad...perjuangan baru bermula...hadapi segala kemungkinan

Thursday, May 5, 2011

Perjuangan belum selesai

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.. TERIMA KASIH BUAT FOUNDER-FOUNDER UKTRM YG BERADA DI KOTA BHARU, KERANA BERGANDING BERSAMA-SAMA UNTUK MENGGERAKKAN UKTRM DI KOTA BHARU..TERIMA KASIH BUAT FAISAL, PANJEY, MATYIE, POK OOK, CIKGU HASNI, CESC BAA @ FARHAN, HILMY, JIJO, AZRIE, PAEH, BASIR & BEBERAPA ORANG LAGI KERANA BERGANDING BAHU MEMPERJUANGKAN PERJUANGAN UKTRM, BUKAN UNTUK MENYAINGI MANA-MANA KELAB @ PERSATUAN PENYOKONG YANG LAIN TAPI HANYA UNTUK MEMBAWA SEDIKIT PEMBAHARUAN DISAMPING MENDISIPLINKAN PENYOKONG-PENYOKONG KELANTAN YANG TEGAR & FANATIK TERHADAP BOLASEPAK.







KOMPLOT PERTAMA


WALAUPUN 1ST KOMPLOT KAMI AGAK MALU-MALU SESAMA SENDIRI KERANA PERTAMA KALI BERSUA MUKA, TAPI KAMI HANYA MENGAMMBIL MASA TAK SAMPAI SETENGAH JAM UNTUK MESRA...





SELEPAS BERJAYA MENGUMPUL HAMPIR 20 ORANG, KAMI SEKALI LAGI MEMBUAT PERJUMPAAN UNTUK MEMPERKEMASKAN BARISAN.. 1ST & 2ND KOMPLOT KAMI BERLATIH CHANT TANPA KETUKAN GENDANG, KERANA KEWANGAN KAMI AGAK TERHAD...





AKHIRNYA KAMI MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMA DI KHALAYAK, IAITU 1ST DEBUT KAMI DI KTC, PIALA SUMBANGSIH ADALAH 1ST DEBUT KAMI WALAU HANYA DI KTC & BUKAN DI STADIUM SHAH ALAM..CREW YANG HADIR TAK RAMAI KERANA SEBILANGANNYA PERGI KE SSA..PENERIMAAN? XTAU..HEHEH..SB KAMI HANYA CHANT TANPA MEMPEDULI KATA2 BELAKANG.. KAMI PEKAKKAN TELINGA SAHAJA..HEHE...





SETELAH JERIT PERIH KAMI SERTA SOKONGAN DARI SAUDARA KAMI YANG BERADA DI LEMBAH KLANG AKHIRNYA KAMI BERJAYA MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMA DI SSM4..KAMI MEMILIH GATE H SEBAGAI LUBUK TETAP KAMI..DI SITU JAUH DARI PENYOKONG LAIN & KAMI SEBOLEH BOLEHNYA TAK MAHU MENGGANGGU PENYOKONG LAIN NAK MAKAN KUACI SAMBIL TENGOK BOLA..EKEKKE...



1ST DEBUT AT SSM4... KELANTAN VS TERENGGANU...


PENAMPILAN PERTAMA KAMI DI GATE H AMAT MENYEDIHKAN, KAMI DICACI, DIKEJI, DIBALING PELBAGAI OBJEK HINGGA KAMI BASAH KUYUP.. HANYA KAMI BERDIRI 90 MINIT & MENYANYI LAGU2 SEMANGAT KEPADA PEMAIN KESAYANGAN KAMI..TAK PEDULI APA ORANG NAK KATA, TAK PEDULI WALAU BUKAN JUARA, KAMI BANGGA JADI ANAK KELATE, KAMI RELA MATI MEMPERTAHANKANNYA...












 
 



KELANTAN VS JOHOR FC




SUKU AKHIR PIALA FA ...KELANTAN VS FELDA UNITED




KELANTAN(2) VS HARIMAU MUDA A(1) ..1 APRIL 2011.

BERSAMBUNG..................

Oleh : Grass Greeners

Monday, May 2, 2011

GATE OF HELL - Kelantan vs Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam satu jiwa.

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya perlawanan di antara Kelantan vs Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2011. Ada sedikit coretan kisah perjuangan "GATE OF HELL". Sebuah perjuangan yang baru bermula. Sebuah perjuangan yang tidak akan padam, perjuangan menang atau kalah, perjuangan "hidup matiku kelate" !.

Komrad-komrad yang hadir pada hari itu lebih kurang 60 - 70 komrad sudah cukup untuk memberi semangat kepada "pahlawan merah" dan membinasakan pihak lawan pada malam tersebut. Komrad-komrad mula berkumpul seawal jam 4 petang di depan KTC untuk membuat persiapan terakhir sebelum "bertempur" di dalam stadium.

Tepat jam 6.15 petang, komrad-komrad mula bergerak menaiki kereta perisai ke astaka untuk menyambut ketibaan "pahlawan merah". Sebelum ketibaan "pahlawan merah", komrad-komrad sempat menghuru-harakan kawasan di depan astaka dengan ber "chanting bersama-sama.

Selepas menyambut permain, komrad-komrad mula bergerak masuk ke kawasan kubu THE RED MANIA iaitu "Gate Of Hell". Selepas itu, kami bersama-sama menggantung banner dan panji-panji.

Tepat jam 8.30, capo membuat persiapan terakhir memeriksa barisan bala-bala tentera dan memberi kata-kata semangat untuk para komrad berjuang habis-habisan hingga titisan darah terakhir. Capo pada malam tersebut ialah Cikgu Din dan di bantu Yuli Yie, manakala tifo pula Ladin dan ketukan "maut" drum pula di barisi oleh Pesa, GG, Big E dan seorang drummer junior.

Sebaik sahaja kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang, komrad-komrad mula ber "chanting memberi semangat kepada pasukan Kelantan dan membinasakan pihak musuh. Para komrad terus berdiri dan ber "chanting" hinggalah  pengadil meniup wisel penampat. Keputusan perlawanan pada malam itu berpihak kepada tuan rumah Kelantan menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-0, dan sekali lagi kelantan berjaya mencipta rekod bersih tidak pernah tewas di stadium "keramat" The Red Warrior pada saingan musim 2011.

Selepas itu komrad-komrad mula keluar dari kubu dan menuju sekali lagi ke astaka untuk memberi perhargaan kepada "pahlawan merah" di atas kemenangan pada malam itu. Menang atau kalah kami tetap bersama selamanya.

Kemuncak pada malam itu komrad-komrad ber "chanting" kepada pasukan Kelantan,

We love you..We love you..ohh kelate We love you..We love you..We love you..

Dan juga memyambut pemergian pasukan Kuala Lumpur,


Enjit-enjit semut..Siapa kalah boleh balik..
Enjit-enjit semut..Siapa kalah boleh balik..

   Akhir sekali, walaupun para komrad kepenatan kami semua sangat berpuas hati dan kesetiaan kami tidak akan luntur selamanya. Ini semua bukan untuk kemegahan tetapi untuk sebuah kecintaan kami kepada Kelantan dan tanah tumpah darahku Malaysia. Dan juga terima kasih kepada semua komrad-komrad yang turun berjuang di "Gate Of Hell" dan juga tidak lupa kepada komrad-komrad yang berada jauh di perantaun, bersama selamanya !. Dan salute kepada GP ( geng penggembara ).

Kami Red Mania..Salam satu jiwa..
Di Malaysia.. kan selalu ada..
Selalu bersama..untuk kemenangan..
Heyy.. Kami Red Mania...

Assalamualaikum dan salam satu jiwa.



**P/S : Untuk FAM ******, terima kasih sebab berjaya membangunkan bola sepak negara ini dengan begitu hebat sekali. Love you FAM ******, cubit pipi sikit.

Oleh : Panje