Sunday, May 29, 2011

Buku Merah

  • STAR of PAROI, 10 MEI 2011
Setelah berbulan-bulan bertapa, akhirnya komrad di Lembah Klang berjaya menghilangkan kesurupan dengan melangkah gagah ke Paroi pada Selasa 10 Mei 2011, perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 yang dicemari dengan pelbagai insiden yang tidak diingini termasuklah insiden penyokong Negeri Sembilan membakar bendera Kelantan selepas perlawanan tamat dan juga aksi kung-fu di luar stadium setelah perlawanan tamat. Keseluruhan komrad di Lembah Kelang yang turut beraksi di STAR of Paroi pada malam tersebut sekitar 40 orang. Komrad UKTRM hampir-hampir menjadi mangsa belasahan tidak bersalah pada malam itu apabila dikejar kira-kira 100 orang penyokong Negeri Sembilan yang menyangka kami membelasah penyokong mereka pada malam tersebut. OKEY ? Abaikanlah, kerana kami selamat sehingga kini :)

  • STADIUM SHAH ALAM, 13 MEI 2011
1-5 ! Wow ! Malam yang paling bersejarah di Shah Alam tercipta dengan kekalahan terbesar dalam sejarah Selangor bertemu Kelantan di home mereka. Ahh, pedulikan kekalahan itu kerana Kelantan sudah bersedia untuk menggempur Terengganu di final 11 Jun kelak. Sejarah tercipta sekali lagi di Shah Alam pada malam gemilang itu kerana hampir keseluruhan krew UKTRM seluruh Semenanjung Malaysia berkumpul, bergabung dan bersama di Shah Alam memberikan sorakan keramat kepada pasukan kesayangan kami. Hasilnya? Pada malam itu seramai lebih kurang 250 komrad dapat berkumpul bersama-sama !

Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/

Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/
Kredit : http://www.flickr.com/photos/razuryza/
  • STADIUM CHERAS, 19 MEI 2011
Wohohoho ! Perlawanan padat yang diharungi oleh Kelantan sepanjang bulan April dan Mei ! Gile punye pengatur jadual perlawanan liga dan piala di Malaysia nih ! Kompetitif la sangat :p Komrad UKTRM di Lembah Kelang sekali lagi dapat menghilangkan kesurupan yang dialami oleh mereka selama berbulan-bulan lamanya selama ini apabila gagah beraksi di Cheras, bertemu dengan Felda United yang berkesudahan Kelantan menang 3-1. Perlawanan yang turut disiarkan secara langsung di Arena 801 ini turut menarik perhatian apabila ramai memberikan komen kepada kami, walaupun keseluruhan komrad yang turut hanyalah 21 orang tapi chants dan sorakan kami dapat didengari dengan jelas.






  •  STADIUM SHAH ALAM, 22 MEI 2011
Game hari Ahad la plak ! Fuh, betul-betul menguji mental dan fizikal para pemain dan juga kami sebagai ekor pasukan The Red Warriors ! Memang berhabis duit membeli tiket bola la bulan Mei ini sebenarnya untuk penyokong Kelantan di Lembah Kelang. Seperti biasa, pada malam tersebut kami turun di Shah Alam, tapi buat kali ini, komrad kami lebih ramai daripada 21 orang pada hari Khamis, sekurang-kurangnya 35 orang turun untuk memberikan sokongan kepada pasukan dimana keputusan berkesudahan dengan seri 2-2.







1 comment:

  1. salute korang...dh international dah nih...dari AM STU

    ReplyDelete