Friday, May 27, 2011

Penyokong Tunjang Pasukan - Kelantan VS T-Team

Assalamualaikum...kami minta maaf sebab perjalanan blog kami agak 'slow'..bukan tiada apa yg untuk di 'update'...cuma memberi peluang kepada pelajar2 yg sedang atau baru sahaja menghabiskan peperiksaan...di ucapkan selamat maju jaya...sudah sedia maklum , bahawa Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan kepada 'T-Team'...yg kami anggap..agak berat sebelah...kerana 'keadilan' yg ditunjukkkan oleh refree serta linesman...tapi..tiada apa yg perlu kita ratapi lagi...kita hny mampu menghadapi keputusan dengan rela hati...tp..entry ini bukan untuk mengulas tentang perlawanan...tetapi...mengkhususkan kepada penyokong yg tegar dan setia...

Para komrad mula berkumpul di perkarangan KTC sekitar jam 5.30ptg lagi...selain berborak mengenai hal masing2...mereka juga ada berkongsi pendapat , bertukar idea serta mengeratkan silaturrahim dengan komrad yg pertama kali 'join' UKTRM....kami amat mengalukan kedatangan anda...kerana anda sebahagian dr keluarga kami...kemudian..kami terus bergerak ke perkarangan stadium untuk acara tradisi...iaitu...menyambut pemain serta cuba sedaya mungkin untuk menjatuhkan moral pasukan lawan...tetapi kami mungkin agak malang kerana...pihak POLIS 'menghalau' kami dr melakukan acara yg merupakan tradisi bagi kami...setelah di bincang dgn lebih berhemat...kami menghormati keputusan dr pihak polis...tapi tidak lama kemudian...kami di sapa oleh seorg anggota POLIS...dia memberi arahan bhwa kayu untuk kibarkan 'checker flag' tdk di benarkan masuk...kali ini , tindakan dr pihak polis tersebut membuatkan kami nyaris menunjukkan sikap 'jahat' yg ada dlm diri seorg ULTRAS...mungkin akal lebih cepat berfikir berbanding tindakan nafsu amarah....kami cuba untuk menghormati arahan 'POLIS"...

Walaupun kami tdk dibenarkan untuk melakukan acara tradisi di tempat biasa...kami tetap jgk melakukan wlaupun di luar kwsan...kerana...TRADISI TETAP TRADISI...

"Kita Kelate sama saja.."
"Asal jangan T-Team.."
"T-Team itu A****k!!.."

Mungkin mereka mendengari...mungkin mereka tidak dengar langsung...tapi...apa kami peduli...Selepas acara tradisi...kami terus bergerak ke dlm stadium...walaupun kali ini agak kelam kabut dek kerana kekeliruan Pintu masuk ke stadium...untuk pengetahuan kalian...pada julung2 kalinya...Stadium Sultan Muhammad Ke iv telah mewartakan bahawa pemegang tiket hny boleh masuk melalui pintu yg tertera di 'permukaan' tiket...demikian ini , kekeliruan telah berlaku....tp kami tdk mahu merungut mengenai masalah tersebut kerana majoritinya akan masuk ke stadium seperti biasa....

Setelah berjaya 'meloloskan' diri untuk masuk ke stadium...seperti biasa..kami akan mula menggantung banner serta melakukan sedikit persedian....kepadatan dalam stadium tidak sedikit pun melemahkan kami...Mungkin kali ini , kami berjuang tanpa panji yg menjadi tunjang kepada semangat...ini kerana , 'keadilan' dr pihak POLIS yg tdk membenarkan batang bendera masuk ke dlm stadium....kehadiran komrad pada kali ini agak memuaskan...lebih kurang 50 - 60 komrad....

Setelah pasukan Kelantan ketinggalan...kami tetap meneruskan chanting...kami xpeduli pun dgn kata2 sinis yg singgah di halwa telinga kami...kerana...ia ibarat seperti udara yg menyentuh telinga...

"xpeduli apa orang nk kata..."
"xpeduli walau bukan juara..."
"kami bangga jadi anak Kelate..."
"kami rela mati pertahankannya..."

Dengan daya usaha yg tinggi...para pemain dapat juga menyamakan kedudukan...ia membuatkan keadaan di stadium gamat...tiada lagi suara2 sumbang...tiada lagi kata2 sinis....tapi itu tdk bertahan lama...pasukan lawan skali lagi berada di depan...walaupun ia di hasilkan di minit2 akhir...ia tdk melunturkansemangat juang kami untuk menyokong pasukan kebanggan kami...malah..ia memberi kami lebih tonik untuk lebih berjuang di masa hadapan...kami xkan berhenti selagi nyawa kami di kandung badan....kami akan terus berjuang hingga ke titisan akhir....kerana...SETIAP PERJUANGAN , TIADA PENGHUJUNG , TIADA NOKTAH...

Sekian , Terima kasih...........


~~ Terima kasih kepada komrad yg hadir untuk terus bersama...BERSAMA SELAMANYA...!!

No comments:

Post a Comment