Monday, May 2, 2011

GATE OF HELL - Kelantan vs Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam satu jiwa.

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya perlawanan di antara Kelantan vs Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2011. Ada sedikit coretan kisah perjuangan "GATE OF HELL". Sebuah perjuangan yang baru bermula. Sebuah perjuangan yang tidak akan padam, perjuangan menang atau kalah, perjuangan "hidup matiku kelate" !.

Komrad-komrad yang hadir pada hari itu lebih kurang 60 - 70 komrad sudah cukup untuk memberi semangat kepada "pahlawan merah" dan membinasakan pihak lawan pada malam tersebut. Komrad-komrad mula berkumpul seawal jam 4 petang di depan KTC untuk membuat persiapan terakhir sebelum "bertempur" di dalam stadium.

Tepat jam 6.15 petang, komrad-komrad mula bergerak menaiki kereta perisai ke astaka untuk menyambut ketibaan "pahlawan merah". Sebelum ketibaan "pahlawan merah", komrad-komrad sempat menghuru-harakan kawasan di depan astaka dengan ber "chanting bersama-sama.

Selepas menyambut permain, komrad-komrad mula bergerak masuk ke kawasan kubu THE RED MANIA iaitu "Gate Of Hell". Selepas itu, kami bersama-sama menggantung banner dan panji-panji.

Tepat jam 8.30, capo membuat persiapan terakhir memeriksa barisan bala-bala tentera dan memberi kata-kata semangat untuk para komrad berjuang habis-habisan hingga titisan darah terakhir. Capo pada malam tersebut ialah Cikgu Din dan di bantu Yuli Yie, manakala tifo pula Ladin dan ketukan "maut" drum pula di barisi oleh Pesa, GG, Big E dan seorang drummer junior.

Sebaik sahaja kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang, komrad-komrad mula ber "chanting memberi semangat kepada pasukan Kelantan dan membinasakan pihak musuh. Para komrad terus berdiri dan ber "chanting" hinggalah  pengadil meniup wisel penampat. Keputusan perlawanan pada malam itu berpihak kepada tuan rumah Kelantan menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-0, dan sekali lagi kelantan berjaya mencipta rekod bersih tidak pernah tewas di stadium "keramat" The Red Warrior pada saingan musim 2011.

Selepas itu komrad-komrad mula keluar dari kubu dan menuju sekali lagi ke astaka untuk memberi perhargaan kepada "pahlawan merah" di atas kemenangan pada malam itu. Menang atau kalah kami tetap bersama selamanya.

Kemuncak pada malam itu komrad-komrad ber "chanting" kepada pasukan Kelantan,

We love you..We love you..ohh kelate We love you..We love you..We love you..

Dan juga memyambut pemergian pasukan Kuala Lumpur,


Enjit-enjit semut..Siapa kalah boleh balik..
Enjit-enjit semut..Siapa kalah boleh balik..

   Akhir sekali, walaupun para komrad kepenatan kami semua sangat berpuas hati dan kesetiaan kami tidak akan luntur selamanya. Ini semua bukan untuk kemegahan tetapi untuk sebuah kecintaan kami kepada Kelantan dan tanah tumpah darahku Malaysia. Dan juga terima kasih kepada semua komrad-komrad yang turun berjuang di "Gate Of Hell" dan juga tidak lupa kepada komrad-komrad yang berada jauh di perantaun, bersama selamanya !. Dan salute kepada GP ( geng penggembara ).

Kami Red Mania..Salam satu jiwa..
Di Malaysia.. kan selalu ada..
Selalu bersama..untuk kemenangan..
Heyy.. Kami Red Mania...

Assalamualaikum dan salam satu jiwa.



**P/S : Untuk FAM ******, terima kasih sebab berjaya membangunkan bola sepak negara ini dengan begitu hebat sekali. Love you FAM ******, cubit pipi sikit.

Oleh : Panje

No comments:

Post a Comment