Thursday, April 21, 2011

Berakhirnya Episod Pertama

Walaupun konflik melanda terpaksa mencari pengganti B Sathianathan pada saat - saat akhir, namun Juara Piala Malaysia memulakan langkah dengan bergaya menewaskan pasukan sang juara yang gah dengan rekod 32 kali Juara Piala Malaysia. Nama dah Juara,mesti la hebat!ye dak? Datuk M Karathu berjaya membawa Kelantan melebarkan penguasaan dengan membawa pulang Piala Sultan Bola dengan menewaskan Selangor.. Bukan Piala Sultan Bola yang ingin dikucup,tetapi langkah pertama harus bermula dengan langkah kanan. Game pertama ini juga membuka lembaran sejarah buat The Red Mania apabila memulakan tifo pertama liga dengan begitu gah sekali. Dengan capo yang bersemangat di follow oleh para The Red Mania yang berdiri sepanjang 90 minit. Tidak lupa juga insiden penangkapan 5 saudara kami oleh 'anjing - anjing' polis yang mahu menunjukkan mereka menjalankan tugas dengan menjadikan kami sebagai alat jenaka mereka.
Bagi makan Pedigree kat abang abang ni baru die senyap...Terima Kaseh UltraSEL kerana sudi meyambut kami dan chant bersama kami!

Langit tidak selalunya cerah, Mimpi tidak selalunya indah...Pheewwitt!Ayat bunga2 lagi tu..Wira Merah Red Warrior yang melayan kunjungan Sang Penyu hanya mampu seri pada game ke 2 di Stadium Keramat, Kota Bharu. Sang Penyu pulang melalui PCB ke Pantai Batu Buruk dengan senyuman yang melebar berjaya mencuri mata 1 mata dari KB. Kami juga menerima kunjungan dari Ultras Tranung. Terima Kaseh awok2 keghane sudi gok datang melawat tepak kami...

Sang Kijang mahu bertandang ke Kuala Lumpur bertemu skuad Ibu Kota Raya sambil2 tgk KLCC..hehe.. Kuala Lumpur ni tempat lahir tipu daya katanya abang2 DEF GAB C... Nasib baik Stadium Cheras tak diluluskan. Maka, Stadium keramat juga menjadi tempat saksi Hot Prospect Kelantan iaitu Ramzul Zahini menjaringkan gol pertama musim 2011. Maka, geng2 Kuala Lumpur pulang dengan hampa membawa pulang hati yang duka. Keputusan memihak kepada Kelantan 2 - 0. Flare pertama juga berjaya dibakar di GOH tanpa ada sebarang insiden penangkapan. Ini membuktikan, abang2 polis yang sasa di KB lebih waras dari Shah Alam...Biso sengoti...Tahniah Krew KB!

Asai chek memang orang KEDAH! Orang tua chek memang orang KEDAH! Kawan chek..Suka dok mai KEDAH! HAT TERBAIK DI MALAYSIA!
Memang suka la duk p Kedah dekat dengan siam.hehe...Ketibaan GP (Geng Pengembara) dari Lembah Klang disambut dengan chant yang cool dari Ultras Kedah. Walaupun penulis tak join trip ni, tapi penulis tau.. GP memang heartless.haha..Credit to GP.. Skuad Red Warrior yang tiba di SDA ingin meranapkan impian Ahmad Yusof. Namun, Datuk Karathu dulu yang pening kepala macam mana nak level balik game selepas ketinggalan hasil jaringan penyerang kelahiran Tumpat, Kelantan - Azlan Ismail. Siapa lagi hero kalau bukan The Linesman?Volley yang kuat tu,kalau goalie Kedah tahan..Mau makan pakai tangan kiri 2 bulan.



Game yang ni jadi History buat Ultras Nogori Buffalo Souljah. Mereka datang dengan jiwa yang kering. Pakai baju Malaysia di Bung Karno.Hanya brader Rambo je berani buat ni...Tahniah buat mereka yang hadir dan chant di hadapan lautan merah penyokong Kelantan. Kalu sek2 awok mandi colek kepok nge air batu tu,biasa la deh,sek2 GOH mandi sokmo doh.Walaupun tewas dengan jaringan yang agak besar iaitu 3 tanpas balas, Tapi, Respect dari Kami The Red Mania untuk anda. Terima Kasih!


Ini Juga History buat The Red Mania. Agenda Full Force dan Rentak Manggis yang ala poco2 telah berjaya merentap hati seorang wanita..Hye Namy Rashid..Boleh berkenalan?haha..ok2..Ultrasnita pertama The Red Mania berjaya di flarekan jiwanya di SDM. Walaupun Happy Warrior patah 2 gigi di Pahang, namun kehadiran Ultrasnita ini berjaya menghilangkan kewarasan semasa chant. Itulah orang cakap,jangan main2 dengan aura wanita ni..Walaupun Red Mania lambat recruit Ultrasnita, namun Ultrasnita kami ni paling Queennnn antara Ultrasnita dalam Ultras2 negeri yang lain.. Jangan cemburu,ok!haha...Terima Kasih Namy Rashid!Terima Kasih juga kepada Elephat Army Ultras.Kami Kalah,tapi kami gembira bersama anda!

Lu ada tengok itu dua brader?Ada berani kacau ini Namy?


Rentak Goyah The Red Warrior telah mula kelihatan semasa game bertemu Harimau Muda.. Menang 2 - 1 tapi rentak yang agak goyah mula merisaukan pemakan - pemakan kuaci.Ape yang mereka bimbangkan ialah bukan takut stok kuaci kehabisan tapi takut Kelantan Kalah. Ape ade hal Kelantan Kalah? Lu goyang kena cincang kat office ke ape? Hahaha,emosi pulok.. Gol yang Harimau Muda buat tu pon, ade bantuan dari Anak Kelantan.. Nak mention name ke?xpyah la kan...Memang hebak2 sunggoh anok buoh Tok Janggut nih!

Akhirnya,berterabur habis kuaci kali ni..Kali ini, kekuaci kekuaci melompat mengamuk melihat Kelantan disebat 4 biji oleh anak penyu yang dibarisi oleh 3 orang Bekas Pahlawan Merah..Bersungguh beno kome2 main malam lawan Kelantan tu yer..Untuk next game, Tokey Kuaci cap Matahari akan mengurangkan penjualan kerana jangkaan game seterusnya para kekuaci tidak akan hadir kerana kencingwe game lawan t-team ni...Tapi, semangat lawan Tok Janggut sampai wisel penamat membuahkan 3 gol walaupun Kelantan ketinggalan jauh satu ketika..

Err...Felda United ni team kutip player dari Pengusaha Ladang Sawit ke ape ni?Berlagak semacam je..Nak kena Chant Loser lagi ke?hahaha...Tambah2 si Hamsani tu,xabes2 nak tunjuk die la kepala kat Ladang Sawit Felda Jengka tu.. Kepala tak kepala, kena 6 bijik, memang menangis xberlagu la kau Hamsani.. Menangis sambil kira buah sawit la kau yer...Jangan nak menangis sangat kat Stadium Keramat kami..Busuk nanti...Main jauh2....Krew The Red Mania juga menerima kunjungan dari Brader Hud dari UltraSel dan Freddie Marciano..Sila Google nama dua brader ni..Kacak abes...hehe...Perlawanan ini juga menjadi saksi The Legend Hashim menjadi capo untuk The Red Mania!
Hashim Mustapha is The Legend!
Dengar kabarnya,ramai yang pancut malam ni sebab stim dah abes level?Gua dengki beb!


Tq gambar kepada WawanFaiz


Oke,lawatan Chomprak Chawatbesirat ke Kampung Pisang juga membawa nasib malang.Ape mentera kau pakai ni Chomprak?Kak Limah siap boleh isi Kelantan 4 bijik lagi ni. Dan kali ni, kekuaci kekuaci mula menunding jari ke arah coach..Nak kena potong jari gamaknye main tunjuk2 suka2 hati ni..Tapi, penulis rasa nak nyanyi lagu dari Dr Green IndieRetro untuk abang kekuaci...
Hujan Ribut Panas Terik Badai Taufan...Jiwa Kami Tetap Teguh Sama Kelantan...Walau Jatuh Walau Bangun Berhalangan...Kalah Menang Tetap Terus Perjuangan
Dua perlawanan terakhir diharapkan Kelantan berjaya menyapu bersih 6 mata. Perlawanan bertemu Sabah dimana kembalinya Syed Adney yang pakai kasut size 13 tu ke Kota Bharu. Keputusan seri 0 - 0.. Leka tengok sumandak Sabah Hawk agaknyer ni sampai xleh buat gol..hehe...

Kunjungan ke Kubu Kuat Brigade Gialloblu di Perlis kali ni agak baik cuacanya. Dilaporkan ramai penyokong yang mengikuti rentak chant dari The Red Mania..err..tiba2 berdiri bulu roma aku ni ape hal xtau...Baiklah punya gabungan antara penjiwa2 bola sepak Kelantan..Kamu rock la babe!hahaha....Kali ni, Pahlawan Merah Kelantan berjaya menutup mulut kekuaci kekuaci dengan kemenangan 5 - 1 hasil jaringan Mat Yo dan Piya..Abang abang kuaci nak cakap ape pulok kali ni? Oh,oke2...alasan diterima sebab kat Perlis tiang gol dia warna puteh.Haktuih!Kalau dah kekuaci tu, kekuaci jugak...jangan nak bagi alasan banyak2..

Harapan Penulis untuk pusingan kedua.Kepada para Happy Warrior..Teruskan perjuangan anda.Target ialah AFC CUP...kita kena bersaing dengan team luar dari Malaysia..Kita ada Piala FA dan Liga Super untuk ke AFC CUP...Kami The Red Mania sentiasa berada di belakang anda dan jika layak ke AFC CUP kita akan bersaing dengan Ultras dari Indonesia dan negara lain!Come On Kelantan!

P/s: Abang kekuaci, insaf la sebelum terlambat..

-WP-

5 comments:

  1. terbaik!!!! kawe sebagai bloggers kelantan sngat terharu n sebaik mungkin akan menaikkan ultras kelantan melalui dunia blog!! InsyaAllah saya tetap sokong ultras kelate!!!! go ultras, go trw!!

    ReplyDelete
  2. not bad.i like :) sero po nak jadi ultrasnita etep eh :p

    ReplyDelete
  3. TC Boy nge Arie : tq :)
    Wanie : jom la join kami...esok ada game :)

    ReplyDelete
  4. Terbaik.. TQ utk ulasan,...

    ReplyDelete