Tuesday, May 10, 2011

Perjuangan Kami...Pengorbanan Kami...

Assalamualaikum...selaku pembuka bicara pada malam yg sgt sejuk tatkala hujan lebat yg menimpa bumi Kelate...k...aku bukan nk cakap tentang hujan kerana hujan adalah kurniaan dr ALLAH SWT pada hambanya...ya lah...sbb kurnia dr Nya lah kita dapat tido dlm keadaan sejuk...ok...full stop...Melalui entry di atas...apa yg aku ingin kongsikan ngan para komrad khususnya serta para pembaca2 yg selalu menyokong pergerakan kami yg ingin melakukan perubahan atmosfera dalam stadium iaitu dr segi bentuk sokongan...

Masih ramai yang menganggap Ultras ni sebuah pertubuhan , persatuan ataupun kelab...sekali lagi di ulang...Ultras bukan suatu badan pertubuhan atau sewaktu dgn nya...Ultras xperlu mengisi borang...xperlu deposit bayaran..xperlu yuran bulanan...xperlu yuran tahunan...Ultras bukan persatuan atau kelab yg mempunyai penaung , presiden , timbalan , bendahari atau sewaktu dgn nya....ini kerana...Ultras hanya memerlukan jiwa dan semangat untuk saling bersama...untuk saling menjalinkan persaudaraan...in ultras..we believe in our brotherhood...

Ada juga segelintir yang awalnya menuduh , kami mengambil bahan yg terlarang supaya kami dapat berdiri serta menyanyi dlm masa 90mnt tanpa henti atau rehat...tapi...tanggapan itu ternyata salah...kerana tenaga yg kami perolehi adalah hasil dr jiwa dan semangat kami yg x terbelah bagi kepada pasukan kesayangan kami...ada juga yg menyatakan bahawa segala banner , tiket dan peralatan lain di sponsor oleh pelbagai pihak...tanggapan ini juga salah..kerana peralatan , banner hatta tiket kami sekalipun...hny melalui poket kami sendri...secara xlangsung..ia juga dapat memupuk budaya kerjasama yg semakin di lupakan...secara xlangsung juga ia memberikan gambaran bahawa kami juga mempunyai tali persaudaraan sgt kuat...yang senang membantu yg susah...berat sama di pikul..ringan sama di jinjing...

Kewujudan kami juga bukan untuk nama atau kepentingan peribadi..tapi kami menjadikan Ultras sebagai medium untuk kami menyokong pasukan kesayangan kami dgn cara yg berlainan dr bentuk sokongan sebelum ini....kami juga ingin menjadikan cara kami ini sebagai satu atmosfera dgn cara menyanyi dgn penuh semangat tanpa di pengaruhi keputusan perlawanan samada pasukan menang , seri atau kalah sekalipun...kami juga menerapkan , menanam dan menggalakkan setiap krew agar mempunyai jiwa patriotik, disiplin dan juga mempunyai mentaliti yang berfikiran jauh serta luas, terutamanya dalam memberi sokongan terhadap pasukan Kelantan dan juga Malaysia...

Ultras juga terdiri drpd mereka2 yg amat menyintai pasukan kesayangan mereka...mereka ini x akan sesekali kecewa jika pasukan mengalami kekalahan yg teruk...tetapi dalam cara yang berbeza kami juga boleh bertindak sebaliknya, kami juga boleh bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada pasukan jika berlakunya sesuatu yang melibatkan kepada kejatuhan pasukan dan juga konflik pengurusan...yg paling nmpk dgn nyata adalah impak jika berlakunya gejala rasuah..kerana rasuah adalah pembunuh bola sepak..

Anda juga mungkin bertanya...kenapa kami rela mengorbankan segalanya termasuk tenaga , wang ringgit serta masa terluang bersama kawan hny untuk memperjuangkan matlamat yg tiada noktah ini...jawapan nya ialah..kerana kami mempunyai satu semangat yg di balut oleh jiwa yg kental dalam memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan kami...kehadiran kami bukan untuk nama , bukan untuk balasan dan juga bukan untu harta benda..kewujudan kami , kehadiran kami dalam kancah ini semata - mata untuk menunjukkan semangat sokongan yg tinggi serta ingin mengubah atmosfera serta gaya sokongan di dlm stadium...kerana atmosfera ini yg dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan demi kemenangan...Ultras dapat menyemai semangat cintakan negeri dan negara...dapat membangkitkan semangat patriotik dalam diri masing - masing...bukan itu sahaja...Ultras juga dapt menyemai rasa kasih dan syg pada persaudaraan..dapat menebalkan rasa kepercayaan dlm persaudaraan....

Sekian.................


Sentiasa Selamanya
                                     
Persaudaraan
                                                           
                                                  

No comments:

Post a Comment