Tuesday, April 5, 2011

Ultrasnita - Namy

Ultrasnita Pertama


Melalui entry..kalian dapat mengagakkan pe yg saya maksudkan...pengalaman dapat memantangkan seseorang..pengalaman juga mengajar sesuatu..dalam aspek sokongan...ia dapat juga dikaitkan melalui pepatah...'xkenal maka xcinta'...saya telah mengaturkan satu interview dgn Ultranita UKTRM yg pertama...iaitu Saudari Namy Rashid...beliau seorg yg amat berani...mmg xdpt disangkalkan lagi...ikuti sessi temubual yg serius...so , kalian hayati lah...

** RMU (redmania ultras)

** NR (namy rashid)


RMU : Assalamualaikum Cik Namy..?

NR : Waalaikummussalam...thnx sbb sudi temubual saya...

RMU : xde pape lah...simple je pun...kang rmai yg jeles lak...hahaha...k...kita  start serius la k...sy akan menanyakan beberapa soalan untuk Cik Namy k...

NR : ok...sy jwb sejujur mungkin k....

RMU : Dr mana Cik Namy tahu kewujudan ultras di bumi Malaysia..?

NR : melalui kwn2 di Twitter. both of them lelaki & Ultras Malaya yang aktif. dorg ada ajak join sekali tp tk berkesempatan ketika tu...

RMU : ok...dan dr mne lak Cik Namy tahu mengenai UKTRM....?

NR : melalui kawan, Ayeh, dia Ultras Kelantan yang aktif. sy terbaca satu status FB dia tentang penonton di stadium kita membaling botol & etc kpd Ultras semasa perlawanan berlangsung ketika itu. 

RMU : Ok...dan bagaimana lak Cik Namy buleh tertarik untuk menyertai UKTRM...?

NR : dlm byk2 sukan sy lebih prefer bola sepak sbb dah biasa membesar dgn menonton match di tv. dlm keluarga cuma saya & Abah yg lebih menonjol rasa minat terhadap bola sepak terutamanya bola sepak tempatan. Abah ada mencadangkan supaya saya ke stadium dan menonton perlawanan sambil merasai sendiri keghairahan para penonton.

RMU : Oh...yeke...saya dapat mengagak bhwa abah Cik Namy seorg yg sporting..k...kita teruskan temubual k...

NR : Hahahahaha...ok....

RMU : Di mana kah Cik Namy mula menyertai kami...maksud saya di vanue mne kah Cik mula menyertai UKTRM...?

NR : yang menariknya, kali pertama saya menjejakkan kaki ke stadium adalah sy terus bersama Ultras Kelantan yang lain & bukannya sbg penonton biasa terlebih dahulu. perlawanan ketika itu adlh ketika menentang Pahang pada 12 Mac 2011. saya masih lagi menyimpan tiket tersebut sbg tanda kenangan. 

RMU : oh...really...?tahniah cik....simpan lah...kenangan yg maybe xkan dpt penah Cik Namy lupakan....

NR : Hahahahaha....tu dah semestinya....

RMU : ok....soalan seterusnya...Cik Namy penah kan bersama kami di Gate Of Hell (G.O.H)...apakah perasaan cik sebelum menjejak kaki dn selepas itu....?

NR : sy mmg sgt curious ttg kebenaran ckp2 org ttg bagaimana penyokong wanita dilayan ketika berada di stadium, lebih2 lg stadium di negeri Kelantan. pertama kali sy jejak kaki di GOH (di Phg), it was heartwarming. bila kita tahu kita berada di negeri org tetapi dtg utk memberi sokongan kpd pasukan yg berasal dari hometown kita sendiri. rasanya seperti sebuah keluarga besar & cuma org2 seperti kita sj yg dpt faham perasaan tu. pengalaman di SSM4 pula ternyata yg plg sy tunggu2. sy berada dlm kalangan keluarga ultras, sy tdk dibaling sebarang objek, tdk di-boo oleh penonton lelaki, sy tdk mengalami apa2 kecederaan kecuali hujan lebat pd malam itu. ;) sy rasa SELAMAT. ada bbrpa faktor yg membantu seperti masuk awal ke dlm stadium, & bukannya ketika stadium sudah dibanjiri penonton yg kebanyakannya trdiri drpd org2 lelaki. penyokong wanita boleh memilih utk menonton dari Astaka jika mereka mahu berasa lebih selesa & tidak digasak para penonton yang lain. 

RMU : Sememangnya..anda seorang yg berani...k...kte teruskan k...apakah perassan Cik semasa berchanting bersama2...?

NR : yg membezakan antara penyokong & penonton adlh KITA. kita adlh penyokong. kita hanya tinggalkan stadium ketika yang ada di hadapan mata cumalah pasukan keselamatan yg bertugas. kalau gol kita dibolos, kita lagi bersungguh2 mmberi semangat. hampa dlm hati kita cepat2 tepis. panas, hujan, haus, lenguh badan, 90 minit kita tetap berdiri dan chanting. aksi Ultras selalu menjadi perhatian penonton yang lain. mereka mungkin pandang ke arah kita sambil bertanya sesama sendiri, "what drives them to do this?". ternyata apa saja yang ada dlm jiwa kita, tdk ada dlm jiwa mereka. atau mungkin sj UNDISCOVERED yet. 

RMU : ok...Bagi pandangan Cik Namy...adakah fenomena Ultras ni dapat mengubah mentaliti seseorg...?

NR : no doubt! Ultras bukan penjenayah & bukan satu jenayah. Ultras tdk patut dipandang serong. mengasari org bukan amalan kita. Ultras ada disiplin & short briefing mereka sendiri tentang apa yg perlu mereka buat & apa yg dilarang drpd dilakukan. utk join Ultras adlh satu aktiviti yg sihat. sudah tentu anda boleh memilih utk membeli sekeping tiket, tampal sticker bendera negeri di pipi & pakai jersi pasukan, makan keropok & minum coke sambil menonton perlawanan, TAPI anda juga sentiasa dialu2kan utk dtg dan berada dlm kalangan kami utk merasai lebih thrill & semangat kekeluargaan. kita boleh saja duduk2 berehat minum2 air sambil berbual ketika waktu rehat, kalau mahu berkongsi rokok juga dipersilakan. kita semua saudara. yang bermain di padang itu juga saudara kita. 

RMU : haha...rokok siap...betul tu...kita semua saudara...k...ni soalan last dr saya....apakah harapan atau pendapat Cik Namy kpd UKTRM atau ULTRAS MALAYA amnya....?

NR : setiap negeri ada Ultras masing2. tapi apabila menjadi Ultras pasukan pendahulu Liga ni selalunya kita akan tarik lebih banyak perhatian peminat bola sepak tempatan & tak kurang juga media. org mahu tahu ttg kita. sy rasa kita patut gunakan peluang yang ada utk menjelaskan kpd mereka apa itu Ultras & apa rasanya menjadi slh seorang drpd golongan ini. mereka juga harus tahu bahawa sokongan kita TIDAK BERBAYAR. tidak ada wang yang dihulur sbg bayaran setelah penat lelah kita berchanting. semuanya pakai duit sendiri daripada peralatan, kos penginapan, kenderaan & perjalanan round trip ke mana2 stadium di luar Kelantan yang kita tuju. & kita semua tahu bahawa kita semua rakyat Malaysia tak kira kita asalnya drpd negeri mana. oleh itu Ultras Malaya (Ultras utk pasukan bola sepak kebangsaan) sgt mengalu2kan penyertaan drpd semua peminat bola sepak tempatan & kita sepatutnya bersifat lebih appreciative terhadap pasukan negara. penyokong wanita juga patut diterima oleh semua orang. kita malah sudah ada pasukan bola sepak wanita, taqraw, angkat berat & sbgnya. apa yang salah ttg dtg & memberi sokongan? kehadiran penyokong wanita spatutnya dihormati. yang membuat para ibu bapa & teman lelaki wanita2 ini melarang mereka ke stadium adlh krn bimbang org yg mereka sayang ini diusik & dicemuh. itu sahaja. kalau kita boleh wujudkan suasana yg selamat & adil bg golongan wanita, kehadiran mereka juga akn lebih dirasai & pastinya diberi keizinan oleh org yg trsayang. kpd pnyokong wanita, berhati2lah dlm memilih pakaian & sentiasa bersederhana dlm tingkahlaku anda krn menjadi sopan boleh bawa kita pergi jauh. :) stadium kita tdk ada papan tanda "LELAKI SAHAJA". semoga uktrm khususnya akn mendapat lebih byk sokongan drpd golongan wanita utk turut serta. 

RMU : ok...terima kasih cik kerana sudi meluangkan masa untuk saya menemu ramah saudari...di harap semangat saudari xkan penah luntur...kerana semangat inilah yg kita mahukan dalam setiap perjuangan kita...terima kasih sekali lagi....

NR : Sama-sama...dan tq jgk sbb sudi menemu ramah sy....semangat sy xkan pnh luntur k....




*** NEXT ENTRY SAYA AKAN CUBA DAPATKAN KATA-KATA YG DI UNGKAP OLEH PARA KOMRAD YG BARU SETELAH MENYERTAI ULTRAS KELANTAN : THE RED MANIA....

SEKIAN....

No comments:

Post a Comment