Wednesday, March 16, 2011

Le Tour de Kuantan

Corat-coret perjalanan ke Kuantan (dari seorang krew UKTRM yang berpangkalan di Lembah Kelang)

Mungkin entry ini sudah lewat, sudah expired dari "kerancakan" setelah keputusan perlawanan di Kuantan pun sudah semua maklum yang Kelate tewas di sana, hatta sudah berlangsung suku akhir pertama di Kota Bharu malam tadi, dan entry ini baru terhasil tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab di atas blog ini (dan ini kali pertama aku menukilkan sesuatu di blog)

Sudah sedia maklum, game di Kuantan merupakan perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong The Red Warriors terutamanya mereka yang berada di Lembah Kelang (dan sama seperti kebanyakan krew UKTRM di LK jugak, ramai yang dah lemau since xdapat jejak kaki especially ke stadium di Lembah Kelang sejak 29 Januari lepas), dan kebanyakan daripada kami pun melepaskan "gian" tengok bola pun membabitkan team Malaysia, malah ada yang sanggup turun tengok game team lain cam Selangor vs Ganu/ Kedah tempoh hari ...

Perjalanan krew-krew UKTRM di KL sepatutnya berkonvoi secara ramai-ramai, tapi disebabkan ada yang tak sempat nak konvoi tepat jam 11 pagi (padahal gerak kul 1 pm jugak, hihihi), maka terbentuknya 2 gelombang konvoi ke Kuantan, pada jam 1 pm dan 4 pm (aku join konvoi pukul 4) ...

Konvoi krew Ultras dari KL ke Kuantan berkumpul di BHP selepas plaza tol Gombak seawal jam 2 petang dan keseluruhan kenderaan adalah 6 buah, dan selepas itu difollow jugak oleh beberapa buah kenderaan fans Kelate yang menjadikan konvoi keseluruhan pada hari itu kepada kira-kira 10 - 12 buah kenderaan pada hari itu ... sepanjang jalan, of course semua rasa excited sebab kebanyakan daripada kami memang dah sedia lemau nak tengok pasukan kesayangan beraksi depan mata, dan yang penting lagi sebenarnya nak "temu mato" dengan saudara-saudara Ultras kami dari Kelantan ... selama ini, kami hanya sekadar berhubung melalui telefon dan Facebook sahaja, jadi semangat ingin bergabung dan berpadu tenaga bersama saudara kami disana sangatlah tinggi ...

Sepanjang perjalanan sekitar 3 jam ke Kuantan, tiada perkara yang buruk terjadi, melainkan bendera yang dikibarkan oleh krew kami, Saudara Laden "terlucut" ketika menuruni bukit di Janda Baik :( ... (aku harapkan agar ada yang berhenti dan mengambil bendera Kelate itu, Amin)...

Kami sampai di Stadium Darul Makmur sekitar 7++ pm, dan sudah tentu di Stadium, kedudukan kami berada di curva SDM ... port yang agak cantik di tingkat 2 stadium, dan sudah tentu juga selamat daripada golongan "sek mekong" yang takde displin ... selama 90 minit kami chanting dan ada masanya juga, kami stop jugak chants dan chants bersama2 alunan gendang yg. dilead oleh Abe Harun, no hal lah bagi kami, (actually ramai beranggapan kami ni nak badi dgn. geng2 gendang, tapi sesungguhnya, kami respect kepada otai2 lama dalam bolasepak Kelate, so aku harap, ketepikanlah perasaan prejudis itu) ... sesungguhnya aku rasa kagum dengan spirit setiap krew yang turun malam itu (sekitar 50-60 termasuk newcomers) ... terima kasih kepada capo Cikgu Din, Cikgu Izne, Wira dan Panje kerana tak henti-henti menaikkan semangat kami dan juga the drummers - Pesa, Miji The Mask Drummer, Fiq, dan juga pengibar panji Kelate Ok Go dan seorang lagi aku tak perasan ... (yang tak sebut nama, aku mintak maaf !)

Keputusan perlawanan itu, memihak kepada Pahang dengan kemenangan 2-0, tapi bagi aku, para krew Ultras juga menang pada malam itu ... kami menang pada jiwa dan semangat kami yang tidak luntur memberikan sokongan kepada pasukan yang kami cintai ... begitu juga dengan semangat penyokong Kelate yang turun sekitar 5 ribu ke Stadium Darul Makmur pada malam itu, aku tabik pada para penyokong pada malam itu sungguh berdisplin melainkan satu kejadian di babak akhir perlawanan di mana seorang penyokong Kelate ditangkap kerana membaling mercun (berani buat, terima padahnya) ...

Buat para krew, walaupun aku tak banyak cakap malam tu :) tapi dalam hati aku seronok sebenarnya :) 

Sekian sampai disini sahaja kot catatatanku yang tak seberapa ...
KF

Sekeping gambar yang aku sempat ambil sebelum start perlawanan ...






No comments:

Post a Comment