Wednesday, June 15, 2011

Dari Kota Bharu ke Bukit Jalil

Kalah atau menang adalah adat didalam setiap perlawanan akhir...berbeza dengan perlawanan liga yg ada 3 peluang , kalah , menang atau seri...walaupun kami dipalit dengan rasa kecewa tetapi ia sedikit pun tidak menjejaskan perjuangan kami...bagi kami..kekalahan hanya memberikan kami lebih kekuatan untuk mengharungi perjuangan yg kami mulakan dahulu...segala titik peluh kami agak sedikit mula menuaikan hasil....lebih dr 100 komrad berjaya kami kumpulkan...tahniah saudara ku....

Ia juga disertai kira2 41 org dr GP Kota Bharu yg bersemangat untu berjuang bersama - sama dengan saudara UKTRM yg berada di sekitar KL dan Lembah Klang...GP yg mula berkumpul seawal jam 8mlm di depan KTC...kira2 jam 9.30mlm...bas yg ditunggu akhirnya tiba...komrad yg naik di KB seramai 32 orang dan selebihnya di kawasan Machang dan Kuala Krai...setelah cukup kesemuanya..kami bertolak dr kuala krai ke bukit jalil tepat jam11.30mlm....sepanjang perjalanan..kami saling bertukar idea dan pendapat...

Tepat jam 9.30pg...kami selamat tiba di Perkarangan Kompleks Squasy...Kami kemudian terus mencari "kamar kecik" untuk membuang apa yg patut dan membersihkan diri seterusnya bersiap2 untuk berjuang pada malam harinya....setelah segalanya selesai...kami terus bergerak ke perkarangan 'stage' besar Stadium Bukit Jalil kerana ingin bersama2 menjayakan mini konsert yg juga telah mencoretkan satu sejarah baru iaitu Pelancaran Album Secretype feat Ultras Kelantan - The Red Mania iaitu "Kami dan Legasi Merah"....


 ~~ promosi album "Kami Dan Legasi Merah....

 Suasana ketika mini konsert agak meriah dengan di hadiri pelbagai ragam peminat serta penyokong Kelantan dan Terengganu...mini konsert ini boleh dikatakan agak berjaya kerana jika dilihat melalui sambutan yg meriah oleh orang ramai dr segi jualan album dan kehadiran manusia ke mini konsert tersebut...Terima Kasih semua kerana menyokong kehadiran Secretype dan "kewujudan" Ultras Kelantan - The Red Mania...


_




 ~~ Sekitar ketika mini konsert berlangsung.....

 Setelah mini konsert melabuhkan tirainya...kami terus bergerak secara kumpulan ke dlm stadium....sambutan kepada kami agak baik kerana ramai yg memberi kata2 yg positif...terima kasih kalian....setelah kami masuk kedlm stadium...para komrad saling bekerjasama dalam menggantung banner dan mengikat panji2 serta menggantung drum....setelah segalanya selesai...capo mula mengemaskini kedudukan serta peralatan dan panji.....sebelum berlangsungnya perlawanan...kami sudah mula berchanting..ini kerana kami cuba untuk mempengaruhi penyokong lain untuk turut serta bersama kami...nyata tdk sia2....kami mendapat feedback yg positif....maka...salah satu chant dr kami berjaya di ikut oleh seluruh penyokong Kelantan.....ooooooo....Ke...La...Te.....

Tepat jam 8.45 malam.....berkumandang lagu Negaraku.....kemudian pembalingan kertas gulung sebanyak 100 gulung....dan.....pembakaran flare sebanyak 20 batang.....kami bukan penyokong yg mencetuskan keganasan dlm segi sorakan...flare adalah untuk menunjukkan kwujudan kami....walaupun ada halangan dr polis....kami tidak membantah arahan mereka...kerana kami menghormati sebab...kami bukan penghura hara...kami hanya ingin mencipta atmosfera baru dalam sokongan terhadap pasukan kebanggaan kami.....


~ credit to shazli shamsuddin untuk pic ini....







~~ the great atmosphere moment in history.....salute to all comrade..!!!

 Walaupun nasib tdk menyebelahi kami....kami tetap bersemangat...walaupun kesedihan menyelubungi hati kami....tapi...kami tidak akan lemah semangat kerana kalah menang adalah adat permainan.....kami tetap setia di belakang pasukan....kerana kami adalah pemain ke 12....kami setia menyokong pasukan negeri kami....jatuh bangun tetap bersama....walaupun kami pulang ke Kota Bharu dengan rasa kepenatan dan kesedihan...kami tetap gembira kerana kami dapat berkumpul dgn semua saudara kami...tidak sahaja dengan UKTRM...malah bersama Ultrasel , Kedah , Kuala Lumpur , Pahang serta lain2 lagi...Terima Kasih saudara ku sekalian....setakat ni saja lah coretan buruk dr saya...harap segala kekurangan dari saya...anda maafkan...segala kesalahan , harap di maafkan...jika ada kelebihan ia dtg dr ALLAH SWT dan segala kekurangan dtgnya dari diri sy yg lemah...

 ~ Sekian Terima Kasih




 ~ Di ucapkan beribu2 penghargaan kepada saudara2 kami yg sggup turun bersama kami atas nama MALAYSIA... ~

1 comment:

  1. TerBaeeeKKKK!!!!....
    'GOOOOoooooooooo...KE!!...LA!!...TE!!!......'~YieChanturo

    ReplyDelete