Monday, March 21, 2011

SALUTE TO ALL KOMRAD !!!

Assalamualaikum…semalam telah berlangsung nya perlawanan di antara Felda United VS Kelantan yg berkesudahan Kelantan memperolehi kemenangan yg mutlak 3-0 dan seterusnya melangkah ke separuh akhir untuk bertemu Selangor.Tapi bukan ini yg saya ingin madahkan di sini , tapi menceritakan sedikit sebanyak perjalanan komrad sepanjang perlawanan.Rentetan peristiwa yg mungkin sukar di gambarkan melalui kata-kata tp hny dapat dirasakan melalui satu pengalaman yg amat bermakna oleh komrad.Jadikan rentetan ini sebagai satu semangat dan sebagai satu azam untuk meneruskan perjuangan yg baru sahaja bermula.Tahniah Komrad.

Perjalanan komrad bermula seawal jam 1830 untuk sambut kehadiran pemain di stadium.Reaksi yg positif dapat di lihat melalui riak muka para pemain serta para pegawai pengurusan yg memberi respon positif.Sesudah selesai sambutan , para komrad seterusnya corteo menuju ke dalam stadium.Satu kejayaan besar kerana dapat mengumpulkan lbh krg 70 org komrad.Ia satu kejayaan besar kerana Ultras sudah menerima respon positif.Terima Kasih di ucapkan.Setelah para komrad masuk ke stadium dan mengambil tempat di Gate H , komrad mula memasang banner serta memeriksa big flag kali terakhir.Org ramai masih berpusu2 untuk masuk ke stadium dan keadaan masih dapat di kawal dgn baik oleh pihak RELA dan POLIS.Kemudian , komrad berhenti dr tugas masing2 untuk menyegerakan panggilan Ilahi.Setelah selesai , komrad mendengar taklimat dr Capo iaitu Cikgu Din mengenai gimik untuk sambutan Daudsu (hari jadi).

Kemudian , tepat jam 2045 , big flag Kelantan telah dinaikkan dengan megahnya.Dan bermulalah perjuangan para komrad.Capo pada perlawanan semalam adalah Cikgu Din dan GG serta ketukan drum pula oleh Faisal Muhammad dan Amirul Mohd.Satu persatu Chant di alunkan dengan semangat yg tinggi oleh para komrad.Satu demi satu peluang gol dr skuad Kelantan akhirnya , gol yg di tggu tiba juga akhirnya.Para komrad bersorak dan chant dengan penuh kegembiraan.Para komrad terus memberi chant dengan penuh semangat dan aksi yang menarik.

Ternyata lagu manggis akan terus menjadi chant yg paling popular kerana lagu tersebut nyata memberi semangat kepada para komrad.Di susuli dengan aksi tangkas penjaga gol dan para pemain menangkis asakan lawan yg bertali arus serta para pemain sendiri melancarkan serangan.Aksi tersebut nyata memberi keyakinan pasukan untuk mencari gol.Gol kedua menyusul melalui Roya melalui jaringan yg cantik dr sebelah gol.Kemudian aksi yg agak kasar yg dipamerkan oleh pasukan tuan rumah iaitu Felda United telah mencacatkan perlawanan.Gol ke 3 pasukan pelawat melalui Nizad.Kemudian penjaga gol Felda telah menunjukkan aksi buruk.Beliau yg terlibat dalam pergaduhan kecil pemain.Para komrad yg berang dgn aksi tersebut melontarkan chant yg melemahkan semangat Hamsani.Bagi saya tiada sebarang masalah jika komrad melemparkan chant yg agak sedikit kasar kerana hanya mengikut suasana perlawanan.

Sudah sampai ke wisel penamat , maka dengan rasminya , pasukan Pantai Timur melengkapkan slot Separuh akhir dgn menentang Red Giant.Para komrad terus mengalunkan chant sbgai tanda terima kasih kerana memberikan perlawanan yg terbaik.Gimik Ultras kepada Daudsu yg menyambut hari jadi nya pada 18hb mac yg lalu.Sambil mengalunkan chant Daudsu we love u , Allah selamatkan Kamu.Daudsu yg menjadi capo untuk gimik beliau.Saat yg di tggu , sebanyak 7 btg flare telah dinyalakan.Suasana di Gate H menjadi lebih meriah semasa flare di nyalakan.Kali ini , Ultras mendapat sokongan dr pihak polis.Ternyata polis tdk mengambil tindakan kerana pembakaran di lakukan secara aman.

Bagi sy , perlawanan kali ini lebih memberi impak kepada penyokong lain supaya menyokong Ultras.Semalam pun sudah tiada balingan2 dr penonton.Mungkin makian itu masih ada kerana masih ada segelintir dr penonton yg masih tdk memahi apa itu ultras.Bg pihak saya , sy amat berpuas hati malah masih merindui saat2 berada di stadium.Tp , usahlah kita mendabik dada atau sudah merasa puas kerana ini hny br permulaan.Permulaan untuk sebuah perjuangan.Sy ingin menyeru , kepada sesapa yg ingin menyertai kami , usah malu2 kerana kami akan sentiasa menyambut kedatangan komrad2 baru untuk setiap kali perlawanan.Marilah berjuang bersama kami.

Sekian , Terima kasih……



Klik Di Sini untuk lagi koleksi Gambar & Video.


-dr Po Ok-

3 comments:

  1. Tahniah...Teruskan perjuangan. We follow The Red Warrior over land & sea.

    ReplyDelete
  2. Ultra... Kamu adalah salah satu saluran penyokong yg tersusun kemas,...,, kita berlagu mengikut rentak yg betul,.. Tahniah.

    ReplyDelete