Thursday, March 10, 2011

Misi rebahkan Tok Gajah!!




Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam misi mencapai tiga mata penuh di arena lawan. Berdepan pasukan yang berada di tangga ke-8 liga setakat ini, diatas kertas, Kelantan dilihat mudah untuk menumbangkan tuan rumah yang masih lagi bergelut untuk mencapai aksi terbaik.

Kelantan yang setakat ini masih gah dengan rekod tanpa kalah perlu mengekalkan rentak cemerlang itu bagi mengukuhkan cengkaman liga manakala pasukan Pahang sudah pasti ingin mengapai mata penting bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Mengikut rekod perlawanan Liga Super 2010, Kelantan menang 2-1 ditempat sendiri manakala seri 3-3 di Stadium Darul Makmur. Keputusan utu menunjukkan pasukan Tok Gajah juga mempu mencabar pasukan Kelantan yang dibarisi pemaian bintang seperti Khairul Fahmi Che Mat dah juga Norshahrul Idlan Talaha. Cabaran skuad kendalian Dollah Salleh itu tidak boleh dipandang sepi kerana skuad Pahang juga dibarisi pemain berpengalaman seperti bekas penyerang Selangor, R.Surenderen dan ketua pasukan, Jalaluddin Jaafar.

Pertembungan dua pasukan pantai timur ini dijangka menarik dengan kehadiran jumlah penyokong yang ramai. Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan sudah pasti akan membuktikan reputasi sebagai sebuah pasukan juara.

Sementara itu, di pihak Ultras Kelantan-The Red Mania pula, dijangka lebih 40 orang Ultras akan turun untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Ultras yang turun adalah meliputi Ultras Kelantan yang berada di serata tanah air, antaranya dari Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan sebagainya.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang turun ke Stadium Darul Makmur, berhati-hatilah ketika memandu. Semoga selamat sampai ke Kuantan dan sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita, The Red Warriors!! Gomo Kelate Gomo!!....

2 comments:

  1. steady boh....letok shout box la boh di blog ni..buleh chat2....hehehee...follow ultrass kelateeeee

    ReplyDelete
  2. Terbaek dr ladang n dasar laut !!!!!!!

    ReplyDelete