Tuesday, April 5, 2011

Ultras Junior

Ini adalah petikan dr kata2 komrad...Ultras bnyk merubah pendirian mereka ketika mana hadir ke stadium....

salam 1 jiwa....saya masih ada semangat utk ke stadium walaupun hujan .Selain itu, saya menunggang motosikal untuk sampai ke stadium dengan keadaan saya didlm stadium dengan keadaan basah .saya tetap menyokong demi daulat negeri tercinta.sya mulo2x bersama-sama ultras di stadium shah alam.tapi sya tok leh nok nyayi .syo ingat lagu semasa saya ado di stadium pahang disitu lah syo sambil chant dan ngapal lirik chant ultras kelate .syo berterima kasih kepada saudara2 yg mengeluar semangat laungan yang tinggi.

-- FAIZ (antara komrad yg muda)

Walaupun hujan sedang turun semangat saya masih berkobar2 utk datang ke stadium demi pasukan tersayang TRW.walaupun sudah basah baju ketika menunggang motosikal semangat utk pasukan TRW x pernah luntur walaupun perjalanan ke stadium agak mencabar,Maklumlah pertama kali g stadium nge moto.selepas berkumpul bersama saudara UKTRM di gate H dan menyanyi x berhenti2.saya berasa bangga bila bersama UKTRM yg berdiri teguh d belakang pasukan kelantan yang sentiasa memberi sokongan x berbelah bagi x kira pasukan itu kalah atau menang kita selalu HAPPY.HIDUP MATIKU KELATE

-- Nick Ajam (juga komrad yg muda)

Salam ultras salam 1jiwa... mul02 saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua saudara2 ultras dhulu krna telah mnyedarkn bhwa kita bkn pegi stdium untk tngk bola semata2 tetapi untuk menyokong dan memberi smngat kepada pemain .. yer x ??sebelom nie saya adalh diantara ribuaan penyokong fanatik the red warrior di luar sana dan hanya melihat shaja ... dimasa lalu hanya sekadar menonton game sambil minum air dan makn berger shja, tapi sekarang 90 minit (menyanyi) walaupun terasa letih ,. tetapi kepuasan menyokong nie ado ore kato.. ibarat kto pemain yang ke 12 bermain untuk sep2 kto.. kadang2 ado dngr gop dop mapuh sy ,, sep2 tuhh oyp stamina demo dop diri spnjng maso tpi xpo kto xyah cro apo ore kato hop penting smngt untk mnyokong tuhh ado lbey2 lgi blo sy hop psg flare tuhh puloo0p .. koho naek sehh ore pnggil ... ko guano0 ....jdi SELAMANYA,SELAMANYA,SELAMANYA THE RED WARRIOR TAKKAN ADA TAKKAN ADA WARRIOR YANG LAIN.. salam ultrass ...

-- Nik Iqwan (komrad junior)

pade saatku menyertai ultras kelantan-the red mania hidupku berubah dari menyorak tanpa isi ke pelbagai bentuk. aku terasa bahagia berade dlm keluarga ultras. Aku dapat terime kutukkan orang laen dengan senang tp bergaduh dan sebagaiNye dan ia menyebabkanku tertunggu-tunggu utk pelawanan seterusNYe.......
ultras kelantan bukan saje penonton yg ''luar biasa'' bagi aq tetapi ''kebahagian''. Aku terlalu seronok bersama geng2 ultras. Keputusanku utk menyertai ultras kelantan bukan sia-sia...akhir sekali,Aku berharap agar semua penyokong yg berade dlm stadium akan turut serta ultras kelantan...

-- Mohd Fathi (komrad junior)

INI HANYALAH KATA2 DR KOMRAD JUNIOR YG BR SAHAJA MENYERTAI KELUARGA YG BESAR INI...NANTIKAN KEMUNCULAN KATA2 DR KOMRAD YG SENIOR...SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT DLM MEMPERJUANGKAN PERJUANGAN YG BARU BERMULA...TP TAKKAN PERNAH ADA PENGHUJUNGNYA....SELAMANYA!!

Tak kenal maka tak cinta



Salam ultras,salam 1jiwa.terlebih dahulu saya mengucapkan ribuaan terima kasih kepada my blood brother pesa,grass greeners,po ok dll.saya adalh diantara ribuaan penyokong fanatik the red warrior di luar sana.dimasa lalu hanya sekadar menonton game sambil makan kuaci,tapi sekarang 90 minit CHANT(menyanyi) walaupun terasa keletihan,tapi kepuasan tahap maksima dirasai..ibarat kami pemain yang ke 12 bermain untuk pasukan..bagi saya kita perlu mengikut peredaran zaman.setakat ini coretan saya,saya rasa ramai lagi komrad-komrad diluar sana yang lebih tahu dan arif dari saya.ayuh pahlawanku,perjuangan kita belum selesai.SELAMANYA,SELAMANYA,SELAMANYA THE RED WARRIOR TAKKAN ADA TAKKAN ADA WARRIOR YANG LAIN..

Coretan,
Mohd Hafiz April 4 at 1:13pm 

P/S: Beliau merupakan krew terbaru The Red Mania 

Ultrasnita - Namy

Ultrasnita Pertama


Melalui entry..kalian dapat mengagakkan pe yg saya maksudkan...pengalaman dapat memantangkan seseorang..pengalaman juga mengajar sesuatu..dalam aspek sokongan...ia dapat juga dikaitkan melalui pepatah...'xkenal maka xcinta'...saya telah mengaturkan satu interview dgn Ultranita UKTRM yg pertama...iaitu Saudari Namy Rashid...beliau seorg yg amat berani...mmg xdpt disangkalkan lagi...ikuti sessi temubual yg serius...so , kalian hayati lah...

** RMU (redmania ultras)

** NR (namy rashid)


RMU : Assalamualaikum Cik Namy..?

NR : Waalaikummussalam...thnx sbb sudi temubual saya...

RMU : xde pape lah...simple je pun...kang rmai yg jeles lak...hahaha...k...kita  start serius la k...sy akan menanyakan beberapa soalan untuk Cik Namy k...

NR : ok...sy jwb sejujur mungkin k....

RMU : Dr mana Cik Namy tahu kewujudan ultras di bumi Malaysia..?

NR : melalui kwn2 di Twitter. both of them lelaki & Ultras Malaya yang aktif. dorg ada ajak join sekali tp tk berkesempatan ketika tu...

RMU : ok...dan dr mne lak Cik Namy tahu mengenai UKTRM....?

NR : melalui kawan, Ayeh, dia Ultras Kelantan yang aktif. sy terbaca satu status FB dia tentang penonton di stadium kita membaling botol & etc kpd Ultras semasa perlawanan berlangsung ketika itu. 

RMU : Ok...dan bagaimana lak Cik Namy buleh tertarik untuk menyertai UKTRM...?

NR : dlm byk2 sukan sy lebih prefer bola sepak sbb dah biasa membesar dgn menonton match di tv. dlm keluarga cuma saya & Abah yg lebih menonjol rasa minat terhadap bola sepak terutamanya bola sepak tempatan. Abah ada mencadangkan supaya saya ke stadium dan menonton perlawanan sambil merasai sendiri keghairahan para penonton.

RMU : Oh...yeke...saya dapat mengagak bhwa abah Cik Namy seorg yg sporting..k...kita teruskan temubual k...

NR : Hahahahaha...ok....

RMU : Di mana kah Cik Namy mula menyertai kami...maksud saya di vanue mne kah Cik mula menyertai UKTRM...?

NR : yang menariknya, kali pertama saya menjejakkan kaki ke stadium adalah sy terus bersama Ultras Kelantan yang lain & bukannya sbg penonton biasa terlebih dahulu. perlawanan ketika itu adlh ketika menentang Pahang pada 12 Mac 2011. saya masih lagi menyimpan tiket tersebut sbg tanda kenangan. 

RMU : oh...really...?tahniah cik....simpan lah...kenangan yg maybe xkan dpt penah Cik Namy lupakan....

NR : Hahahahaha....tu dah semestinya....

RMU : ok....soalan seterusnya...Cik Namy penah kan bersama kami di Gate Of Hell (G.O.H)...apakah perasaan cik sebelum menjejak kaki dn selepas itu....?

NR : sy mmg sgt curious ttg kebenaran ckp2 org ttg bagaimana penyokong wanita dilayan ketika berada di stadium, lebih2 lg stadium di negeri Kelantan. pertama kali sy jejak kaki di GOH (di Phg), it was heartwarming. bila kita tahu kita berada di negeri org tetapi dtg utk memberi sokongan kpd pasukan yg berasal dari hometown kita sendiri. rasanya seperti sebuah keluarga besar & cuma org2 seperti kita sj yg dpt faham perasaan tu. pengalaman di SSM4 pula ternyata yg plg sy tunggu2. sy berada dlm kalangan keluarga ultras, sy tdk dibaling sebarang objek, tdk di-boo oleh penonton lelaki, sy tdk mengalami apa2 kecederaan kecuali hujan lebat pd malam itu. ;) sy rasa SELAMAT. ada bbrpa faktor yg membantu seperti masuk awal ke dlm stadium, & bukannya ketika stadium sudah dibanjiri penonton yg kebanyakannya trdiri drpd org2 lelaki. penyokong wanita boleh memilih utk menonton dari Astaka jika mereka mahu berasa lebih selesa & tidak digasak para penonton yang lain. 

RMU : Sememangnya..anda seorang yg berani...k...kte teruskan k...apakah perassan Cik semasa berchanting bersama2...?

NR : yg membezakan antara penyokong & penonton adlh KITA. kita adlh penyokong. kita hanya tinggalkan stadium ketika yang ada di hadapan mata cumalah pasukan keselamatan yg bertugas. kalau gol kita dibolos, kita lagi bersungguh2 mmberi semangat. hampa dlm hati kita cepat2 tepis. panas, hujan, haus, lenguh badan, 90 minit kita tetap berdiri dan chanting. aksi Ultras selalu menjadi perhatian penonton yang lain. mereka mungkin pandang ke arah kita sambil bertanya sesama sendiri, "what drives them to do this?". ternyata apa saja yang ada dlm jiwa kita, tdk ada dlm jiwa mereka. atau mungkin sj UNDISCOVERED yet. 

RMU : ok...Bagi pandangan Cik Namy...adakah fenomena Ultras ni dapat mengubah mentaliti seseorg...?

NR : no doubt! Ultras bukan penjenayah & bukan satu jenayah. Ultras tdk patut dipandang serong. mengasari org bukan amalan kita. Ultras ada disiplin & short briefing mereka sendiri tentang apa yg perlu mereka buat & apa yg dilarang drpd dilakukan. utk join Ultras adlh satu aktiviti yg sihat. sudah tentu anda boleh memilih utk membeli sekeping tiket, tampal sticker bendera negeri di pipi & pakai jersi pasukan, makan keropok & minum coke sambil menonton perlawanan, TAPI anda juga sentiasa dialu2kan utk dtg dan berada dlm kalangan kami utk merasai lebih thrill & semangat kekeluargaan. kita boleh saja duduk2 berehat minum2 air sambil berbual ketika waktu rehat, kalau mahu berkongsi rokok juga dipersilakan. kita semua saudara. yang bermain di padang itu juga saudara kita. 

RMU : haha...rokok siap...betul tu...kita semua saudara...k...ni soalan last dr saya....apakah harapan atau pendapat Cik Namy kpd UKTRM atau ULTRAS MALAYA amnya....?

NR : setiap negeri ada Ultras masing2. tapi apabila menjadi Ultras pasukan pendahulu Liga ni selalunya kita akan tarik lebih banyak perhatian peminat bola sepak tempatan & tak kurang juga media. org mahu tahu ttg kita. sy rasa kita patut gunakan peluang yang ada utk menjelaskan kpd mereka apa itu Ultras & apa rasanya menjadi slh seorang drpd golongan ini. mereka juga harus tahu bahawa sokongan kita TIDAK BERBAYAR. tidak ada wang yang dihulur sbg bayaran setelah penat lelah kita berchanting. semuanya pakai duit sendiri daripada peralatan, kos penginapan, kenderaan & perjalanan round trip ke mana2 stadium di luar Kelantan yang kita tuju. & kita semua tahu bahawa kita semua rakyat Malaysia tak kira kita asalnya drpd negeri mana. oleh itu Ultras Malaya (Ultras utk pasukan bola sepak kebangsaan) sgt mengalu2kan penyertaan drpd semua peminat bola sepak tempatan & kita sepatutnya bersifat lebih appreciative terhadap pasukan negara. penyokong wanita juga patut diterima oleh semua orang. kita malah sudah ada pasukan bola sepak wanita, taqraw, angkat berat & sbgnya. apa yang salah ttg dtg & memberi sokongan? kehadiran penyokong wanita spatutnya dihormati. yang membuat para ibu bapa & teman lelaki wanita2 ini melarang mereka ke stadium adlh krn bimbang org yg mereka sayang ini diusik & dicemuh. itu sahaja. kalau kita boleh wujudkan suasana yg selamat & adil bg golongan wanita, kehadiran mereka juga akn lebih dirasai & pastinya diberi keizinan oleh org yg trsayang. kpd pnyokong wanita, berhati2lah dlm memilih pakaian & sentiasa bersederhana dlm tingkahlaku anda krn menjadi sopan boleh bawa kita pergi jauh. :) stadium kita tdk ada papan tanda "LELAKI SAHAJA". semoga uktrm khususnya akn mendapat lebih byk sokongan drpd golongan wanita utk turut serta. 

RMU : ok...terima kasih cik kerana sudi meluangkan masa untuk saya menemu ramah saudari...di harap semangat saudari xkan penah luntur...kerana semangat inilah yg kita mahukan dalam setiap perjuangan kita...terima kasih sekali lagi....

NR : Sama-sama...dan tq jgk sbb sudi menemu ramah sy....semangat sy xkan pnh luntur k....




*** NEXT ENTRY SAYA AKAN CUBA DAPATKAN KATA-KATA YG DI UNGKAP OLEH PARA KOMRAD YG BARU SETELAH MENYERTAI ULTRAS KELANTAN : THE RED MANIA....

SEKIAN....

Monday, April 4, 2011

Nukilan seorang krew

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari Jumaat yang lepas telah berlangsungnya perlawanan ke-8 bagi Kelantan dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2011. Seperti biasa, ULTRAS The Red Mania hadir ke stadium bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan Kelantan.
Krew-krew yang hadir lebih kurang 40 orang dilihat sudah cukup untuk menggamatkan lagi suasana di dalam stadium pada malam itu. Kami mula berkumpul di The Red Warriors CafĂ© seawal jam 5.30 petang untuk membuat sedikit persiapan sebelum ‘beraksi’ di dalam stadium.

Tepat jam 6.15 petang, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak ke hadapan astaka stadium biarpun dibasahi oleh air hujan yang jatuh untuk menyambut pemain-pemain pasukan Kelantan dan Harimau Muda A. Sambil menunggu kehadiran mereka, kami sempat ‘memanaskan badan’ dengan ber ‘chanting’ bersama-sama selain mewujudkan suasana yang gamat di hadapan astaka.

Selepas menyambut pemain, kami membuat ala-ala ‘Corteo’ bergerak masuk ke kawasan curva kami iaitu di pintu H atau lebih dikenali dengan GATE OF HELL!. Selepas itu, kami bersama-sama menggantung banner dan bendera bagi menandakan kawasan ULTRAS The Red Mania.

Sebaik sahaja kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang, 2 orang crew UKTRM memasang ‘flare’ sementara crew-crew yang lain ber‘chanting’ bagi memberi semangat kepada pasukan Kelantan. ‘Capo’ UKTRM, Grass Greeners dan Cikgu Din turut memainkan peranan masing-masing dengan mengetuai ‘chants’ serta menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan keadaan perlawanan yang berlangsung.

Krew-krew UKTRM ber’chanting’ tanpa henti dengan penuh bersemangat sehingga tamat perlawanan. Dan sekali lagi 2 batang ‘flare’ dinyalakan untuk meraikan kemenangan pasukan Kelantan pada malam itu.

Selepas itu, kami bergerak bersama-sama ke hadapan astaka untuk menyambut kemenangan‘warriors’ serta kepulangan pemain-pemain pasukan Harimau Muda A. Kami turut ‘chant’ kepada mereka sebagai tanda sokongan kami kepada Malaysia.

Akhir sekali, biarpun badan agak letih namun saya berasa amat seronok bersama crew UKTRM yang sentiasa setia bersama pasukan Kelantan tidak kira dikala ketika susah atau senang. Dan mereka juga sangat bersemangat untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada The Red Warriors.

Dan saya rasa setakat ini sahaja pengalaman yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan. Bagi rakan-rakan yang belum berkesempatan bersama UKTRM, saya menyeru kepada anda untuk cuba merasai satu pengalaman dan suasana yang baru dalam memberi sokongan kepada pasukan kita.

‘ In The Red Mania We Trust! ’ 

Hasbi

Sunday, April 3, 2011

Kronologi Komrad - Kelantan vs Harimau Muda A

Assalamualaikum saudara - saudara sekalian.....aku sebagai wakil komrad...ingin mencoretkan sedikit di sini...tentang perlawanan serta perjuangan komrad di KB yg berlangsung semalam...Sedikit sebanyak dpatlah aku menulis di ruangan ini...

Pada pukul 6 ptg , para komrad telah berkumpul di hdpan KTC...kemudian , kami bergerak terus ke depan Astaka untuk menyambut ketibaan para pemain Kelantan dan Harimau Muda 'A'...setelah selesai menyambut pemain...kami terus bergerak untuk memasuki stadium....apabila kami masuk , kami terus mengambil tempat duduk serta mendengar sedikit kata2 dr capo...

Apabila para pemain memasuki padang , kami terus berdiri sebagai tanda hormat dan bangga...setelah lagu Selamat Sultan dan Negaraku berkumandang..2 komrad yg bertindak selaku pembakar Flare berdiri di kanan dan kiri GATE OF HELL...kemudian para komrad terus mengalunkan chant yg mampu menaikkan semangat pemain serta memberi psiko kpd pemain lawan...Capo pada perlawanan semalam ialah Kudin Khairuddin dan GG pada separuh masa pertama...Panjey , Matyie selaku capo pada separuh masa kedua dan Ladin sebagai tifo...kami terus memberi chant tanpa kenal erti penat dan lelah walaupun sebelum itu , kami di landa hujan sepanjang petang...dan 2 btg flare lagi di bakar pada penghujung perlawanan yg menyaksikan Kelantan menewaskan HM A 2-1...setakat ini dulu lah coretan yg dapat ku tuliskan...

SEKIAN , TERIMA KASIH



KERANA KELATE , KU SANGGUP HADAPI APA SAJA...HIDUP MATIKU KELATE...DARAH YG MENGALIR DALAM TUBUH KAMI ADALAH MERAH....KAMI CINTA KELANTAN DAN MALAYSIA SAMPAI MATI...